Kembali Ke Laman Utama

Daftar SSPN Di Sini

Monday, November 22, 2010

Menu: Mi Kuah


Bahan-bahan:
600 gm mi kuning - dicelur dan tuskan
Bahan Kuah:
150 gm kacang tanah - goreng dan dikisar
70 gm udang kering - dikisar
100 gm daging - dihiris nipis
500 gm kerang
8 tangkai cili kering
5 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 sudu taucu
3/4 kelapa parut - ambil santan
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
Bahan-bahan hiasan:


3 biji kentang rebus
3 biji telur rebus - potong nipis melintang
2 tangkai cili hijau - dimayang halus
Daun sup dan daun bawang - dimayang halus
Tauge - dicelur
Timun - dihiris halus
3 keping halus - potong kecil dan goreng
Sedikit bawang goreng
Cara Menyediakan:
1. cili kering, bawang putih, bawang merah dan halia ditumbuk lumat.
2. Tumiskan hingga garing. Masukkan udang kering, taucu dan kacau hingga rata. Masukkan kacang tanah, daging dan kerang, kacau kira-kira 5 - 10 minit.
3. Masukkan santan, kacau hingga mendidih dan pekat sedikit. Angkat.
4. Hidangkan mi dengan bahan-bahan hiasan.
5. Curahkan kuah ke atas mi tadi mengikut cita rasa anda.

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...