Persoalan dan permasalahan dalam sesuatu organisasi menjadi suatu kelaziman yang mesti diselesaikan agar perjalanan organisasi tidak tergendala. Pelbagai kaedah dan cara digunakan bagi menyelesaikan perkara yang berbangkit. Sekiranya ianya tidak diselesaikan dengan kadar yang segera maka masalah-masalah akan bertambah dan lambat pula penyelesaiannya.
Terkadang masalah yang kecil sahaja, tetapi menjadi isu yang besar dan melahirkan pula masalah-masalah yang baru.
Adakalanya sesuatu masalah dapat diselesaikan hanya dengan satu patah perkataan sahaja, atau dengan satu keputusan atau dengan melakukan ziarah,pertemuan, permohonan maaf atau mungkin dengan cercaan,penjelasan atau dengan nasihat, motivasi dan sebagainya. Jika semua ini dibiarkan, maka ia akan menyusahkan organisasi dan terpaksa menghabiskan masa yang lama untuk menyelesaikannya, manakala hasilnya belum tentu berjaya.
Dengan menyelesaikan permasalahan organisasi samaada dalam isu individu mahupun kumpulan tertentu akan menguntungkan organisasi daripada berlakunya gejala “futur” (keciciran) anggota dari barisan organisasi.
Beberapa kajian mendapati, kelambatan menyelesaikan organisasi adalah disebabkan oleh:
1. 1) Kelemahan pucuk pimpinan sendiri yang tidak berupaya menyelesaikan permasalahan organisasi.
2. 2) Kelemahan pengurusan organisasi akibat tidak menyerahkan tanggungjawab / kepercayaan /kuasa kepada pembantu /orang bawah.
3. 3) Kerana terlalu banyak program yang dilaksanakan sehingga pimpinan hilang fokus pengurusan yang berkesan bagi mengawasinya.
Sehubungan dengan itu sama-samalah disemua peringkat, baik pimpinan mahupun ahli bawahan saling membantu memperkukuhkan organisasi dan berusaha mengelakkan organisasi menjadi malap dalam mencapai cita-cita.
Olahan daripada buku Golongan Yang Tercicir Di Sepanjang Jalan Dakwah, tulisan Fathi Yakan.
No comments:
Post a Comment