Kembali Ke Laman Utama

Daftar SSPN Di Sini

Saturday, October 16, 2010

Ibadah Hanya di Tikar Sejadah?

Abdullah bin Mas’ud r.a pernah menerima berita tentang sekumpulan lelaki yang telah keluar dari bandar Kufah lalu berhenti di sebuah tempat yang berhampiran dengannya untuk beribadat. Lalu beliaupun pergi menemui mereka sehingga mereka pun gembira dengan kedatangannya itu.

Beliau pun berkata kepada mereka: “Apakah yang telah menyebabkan kamu berbuat begini?”

Mereka menjawab: “Kami suka untuk keluar dari kesibukan orang ramai untuk beribadat sepenuh masa.”

Lalu Abdullah berkata: “Kalaulah semua orang melakukan sepertimana yang kamu lakukan, maka siapakah yang akan memerangi musuh? Saya tidak akan berganjak dari sini sehinggalah kamu semua pulang kembali.”

(Az-Zuhdu, Ibnu al-Mubarak: 390)

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...