Kembali Ke Laman Utama

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, September 29, 2010

Perangkap: Bahagian 2

“Firasat saya mengatakan dia dikurniakan kelebihan itu. Dia dilahirkan bagi menjadi pemimpin yang baik , dapat mendidik tentera dan rakyatnya menjadi baik. Sesungguhnya, dia yang berjaya menawan Constantinople dengan izin Tuhan,” kata Syeikh Bayram.

Sultan Murad kagum dengan kelebihan yang dimiliki oleh Syeikh Bayram. Dia bukan sahaja seorang yang tekun beramal ibadat tetapi memiliki ilmu agama yang tinggi. Kerana itu dia mendapat penghormatan daripada orang ramai.

“Saya berasa cemburu dengan tuan kerana dapat menumpukan sepenuh masa, tenaga dan fikiran bagi beramal ibadat. Sedangkan saya sentiasa sibuk dengan urusan negara,” kata Sultan Murad meluahkan perasaannya.

“Tuanku adalah pemimpin sebuah negara Islam. Kerana itu tugas dan tanggungjawab tuanku sememangnya berat. Tetapi yakinlah bahawa tugas yang tuanku lakukan itu menjadi ibadat kalau diniatkan kerana Allah,” balas Syeikh Bayram.

Benar kata tuan. Tetapi sebagai manusia biasa kemampuan akal fikiran dan tenaga saya terbatas. Tambahan pula, saya sudah tua. Entah esok ataupun lusa, saya dipanggil menghadap yang maha Esa,”.

“Adakah tuanku bercadang menyerahkan tanggungjawab itu kepada orang lain?” tanya Syeikh Bayram.

“Saya mahu berehat selama beberapa bulan. Sepanjang waktu itu saya mahu beramal ibadat,” jawab Sultan Murad.

“Elok juga cadangan tuanku. Tetapi siapakah yang memangku tugas memerintah negara?” tanya Syeikh Bayram Lagi.

“Sekiranya saya serahkan kepada Sultan Muhammad, apa pendapat tuan?”

“Saya bersetuju, insyaallah baginda mampu memikulnya,” jawab ulama terbilang itu. “Walaupun umurnya baru 16 tahun, tetapi baginda seorang anak muda yang bijak, kuat semangat, taat kepada agama, dan bersifat seorang pahlawan.”

“Alhamdulillah, saya berasa terhutang budi kepada tuan kerana mendidiknya dengan ilmu agama. Panglima Tharhan pula mendidiknya dengan ilmu kepahlawanan. Semoga baginda menjadi pemimpin yang lebih baik daripada saya.”

“Seperti yang pernah saya katakan, baginda pasti dapat mengalahkan tentera Rom dan menawan Kota Constantinople. Tetapi baginda perlu berusaha bersungguh-sungguh bagi menjayakannya,”.

“Kerana itu saya mahu memberikan peluang kepadanya menunjukkan kebolehannya memerintah negara. Sepanjang ketiadaan saya, biarlah baginda memangku tugas saya. Ini adalah suatu pendedahan kepadanya sebelum dilantik menjadi sultan.”

“Saya yakin baginda mampu melakukannya kerana sejak kecil  baginda sudah dididik dengan ilmu agama, politik dan ketenteraan.”

“Alhamdulillah, semoga Tuhan memberi rahmat kepadanya di dunia dan di akhirat.”

bersambung ke perangkap 3.
sumber: Buku Novel Islam: Sultan Muhammad Al-Fateh, karya Abd Latip Talib, terbitan PTS

No comments:

Post a Comment