Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz dilahirkan dalam kalangan keluarga beraja Mamluk Mesir. Baginda telah menaiki takhta kerajaan pada 1259 dan mangkat akibat dibunuh pada 24 Oktober 1260. Biarpun sejarah hidupnya tidak lama, namun kesannya amat bermakna kepada sejarah survival umat Islam.
Ketika ini, Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz baru saja memegang takhta kerajaan Mamluk sejak bulan Januari 1260M dan keadaan kerajaan Mamluk adalah berada di dalam tidak stabil akibat pergeseran yang berlaku di antara dua puak Mamluk yang bertelagah iaitu Mamluk Bahriah dan Mamluk Mu'izziah. Namun krisis politik ini dapat diselesaikan oleh beliau.
Baginda mempunyai keperibadian yang baik dan sanggup berkorban demi kemaslahatan umat Islam. Diceritakan para sejarawan Islam bahawa baginda sanggup menggadai barang-barang istana baginda termasuk harta para pembesar Mamluk tanpa mengenakan cukai tambahan terhadap rakyatnya dalam usaha untuk mengumpul kewangan dalam persiapan menentang tentera Mongol.
Isteri beliau juga turut sama berjuang di medan pertempuran Ain Jalut & terkorban syahid.
Semasa sedang berperang, kuda yang dinaiki oleh baginda terbunuh, baginda lekas menuruninya dan berlari menentang musuh. Tentera bawahannya menawarkan kuda kepada baginda lalu lantas baginda menjawab, “Saya tidak mahu menghalangimu untuk memberikan menfaat kepada orang Islam.” Semangat jihadnya yang tinggi memberikan perangsang motivasi kepada para tenteranya untuk memburu syahid yang sentiasa dilaungkan oleh baginda. Peperangan ini berlangsung selama 4 hari.
Jasa
Antara jasa baginda yang tercatit di dalam sejarah Islam ialah pasukan Islam berjaya menewaskan tentera Mongol pimpinan Kitbuqa didalam peperangan Ain Jalut. Ketika itu, seluruh kota Islam (Baghdad, Syria dan Asia Tengah) sudahpun ditakluki tentera Mongol. Hanya yang tinggal adalah 3 kota Islam iaitu Makkah, Madinah dan Mesir.
Dengan kerjasama daripada panglima baginda iaitu Panglima Baibars, Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz mengisytiharkan perang terhadap tentera Mongol dengan membunuh empat orang utusan perangnya (ada sebahagian ahli sejarah menyatakan empat orang utusan perang Mongol adalah perisik). Pembunuhan ini menyebabkan kemarahan pihak Mongol. Pada 3 September 1260, berlakulah pertempuran antara tentera Islam dengan tentera Mongol di tempat yang bernama Ain Jalut yang mana pertempuran ini dimenangi oleh tentera Islam seterusnya menyebabkan tentera Mongol menghentikan usaha untuk menakluk negeri lain akibat kerugian dan kekalahan yang dialaminya.
Strategi Menghadapi Tentera Mongol
Pertempuran Ain Jalut ("Mata Air Jalut") terjadi pada 3 September 1260 di antara Mamluk Mesir dan Mongol di Palestin, di Lembah Jezreel di Galilee (Utara Palestin).
Setelah membuat risikan, Qutuz mendapat maklumat bahawa kekuatan tentera Mongol adalah berasaskan tentera berkuda ringkasnya yang mana mampu membuat serangan yang cepat dan pantas tanpa sempat memberi peluang kepada musuhnya untuk menyerang balas. Untuk itu, Sultan Qutuz memperlengkapkan tentera berkudanya dengan kelengkapan senjata-senjata berat yang mana fungsinya mampu menahan serangan pantas dan menyerap ketangkasan tentera berkuda Mongol.
Ketika peperangan di Ain Jalut, Sultan Qutuz menyembunyikan sebahagian besar tentera berkudanya di sebalik pokok-pokok di lembah Ain Jalut. Ketika ini, Panglima Baibar mengetuai pasukan kecil untuk menahan gempuran tentera Mongol yang diketuai oleh Kitbuqa. Baibar bersama tentera berkuda bersenjata beratnya berjaya mengasak tentera Mongol dan setelah beberapa ketika, Sultan Qutuz mengarahkan tentera berkuda yang bersembunyi di sebalik lembah melancarkan serangan mengejut. Dengan itu, tentera Mongol diserang dan dikepung di dalam lembah Ain Jalut. Taktik ini berjaya dan dapat mencegah kemaraan tentera Mongol dan seterusnya dapat melumpuhkan kekuatan tentera Mongol di Timur Tengah. Malah Kitbuqa sendiri mati dibunuh. akhirnya umat Islam berjaya menebus maruah khalifah yang hilang selama 3tahun.
Dalam suatu perjalanannya menuju ke Cairo pada 658H, baginda telah dibunuh oleh salah seorang pegawai kerajaan.
Nota Kaki:
Kitbuqa Noyan (mati 1260) adalah seorang keturunan Turki Kristian yang berasal dari suku kaum Naiman yang terletak di bahagian tengah Asia. Dia merupakan seorang leftenan bagi Ilkhan Mongol Hulagu Khan, dan bertanggungjawab membantu beliau dalam penaklukan di sebahagian Timur Tengah. Apabila Hulagu mengundurkan sebahagian besar angkatannya, Kitbuqa ditinggalkan untuk menjaga Syria, dan bertanggungjawab membuat serbuan ke selatan ke arah Mesir. Dia tertawan dalam Perang Ain Jalut pada 1260, dan dibunuh oleh Mamluk.
Sumber:
Buku: Tokoh-tokoh Besar Islam Sepanjang Sejarah, Syeikh Muhammad Sa’id Mursi
No comments:
Post a Comment