Kembali Ke Laman Utama

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, September 29, 2010

Perangkap : Bahagian 1

“Maka janganlah kamu mengikuti orang-orang kafir, dan berjihadlah kepada mereka dengan al-Quran dengan jihad yang besar.”

-Surah al-furqan:52-

Pagi itu selepas selesai solat subuh dan membaca beberapa hadis, Syeikh Bayram keluar dari masjid lalu berjalan kaki menuju ke istana Sultan Murad. Hatinya masih tertanya-tanya apakah perkara yang hendak dibincangkan oleh sultan? Dia cuma diberitahu oleh seorang pengawal bahawa Sultan Murad dibawa menjemputnya ke istana. Sebagai penasihat sultan, dia dijadikan tempat rujukan sebelum sesuatu keputusan dibuat. Syeikh Bayram merasakan itu suatu penghargaan dan dan tanggungjawab yang tidak boleh diabaikan demi agama, bangsa dan negara. Sebaik sahaja sampai di istana, Syeikh Bayram terus dibawa menghadap Sultan Murad. Selepas bersalaman dan bertanya khabar, Sultan Murad terus ke meja perbincangan.

“Apa pandangan tuan mengenai Muhammad?” tanya Sultan Murad.

“Baginda seorang anak yang rajin menuntut ilmu dan kuat beramal ibadat. Sejak baginda akil baligh, baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu 5 waktu. Malah solat sunat juga banyak dilakukannya tanpa jemu,” jawab Syeikh Bayram.

“Saya bimbang sekiranya dia asyik menuntut ilmu dan beramal ibadat dia lupa pada pedang, kuda dan medan perang.” Sultan Murad meluahkan kebimbangan dihatinya.

“Tuanku jangan bimbang. Selain menuntut ilmu, baginda juga diasuh oleh Panglima Tharhan dengan ilmu peperangan. Apabila sampai masanya nanti Sultan Muhammad menunjukkan kemampuannya sebagai pemerintah negara Islam.  Jiwanya yang bertaqwa itu menjadikannya seorang pemimpin yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Barulah senang hari Sultan Murad mendengarnya. Itulah harapannya selama ini. Baginda mahu mendidik puteranya itu menjadi pemimpin yang bertaqwa. Baginda yakin hanya pemimpin yang bertaqwa sahaja mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

“Contoh pemimpin yang tidak bertaqwa kepada Allah SWT ialah Firaun . dia pemimpin yang berjaya di dunia sehingga mampu membina piramid dan mengaku dirinya  sebagai Tuhan. Tetapi Firaun gagal di akhirat.” Baginda teringat kata-kata Syeikh Bayram.

Baginda juga teringat Nabi Muhammad SAW bahawa Kota Constantinople pasti jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik.

“Semoga Sultan Muhammad menjadi seorang ketua yang baik, mempunyai pasukan tentera dan rakyat yang baik,” doa Sultan Murad.

No comments:

Post a Comment