Kembali Ke Laman Utama

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, August 28, 2010

Tujuh Pemeriksaan Ketika Melalui Sirat

 71.  Dan tidak ada seorangpun dari padamu, melainkan mendatangi neraka itu. hal itu bagi Tuhanmu adalah suatu kemestian yang sudah ditetapkan. (Maryam: 71)
Setiap orang pasti mendekati neraka dengan makna melintasi titian yang merentangi neraka jahannam, sama ada para Rasul, Nabi-nabi dan juga umat manusia biasa sehingga ke destinasi syurga.
Manusia akan terpegun dan gementar apabila berdepan dengan titian yang amat luar biasa itu. Apakah caranya untuk berjaya menyeberangi titian yang merentangi neraka ini? Sirat ialah satu daripada perkara asas yang mesti diimani, tidak dinamakan beriman dengan hari Akhirat jika seseorang itu tidak meyakini adanya sirat.





Secara zahirnya, tidak ada orang yang mampu menyeberangi sebuah jambatan yang begitu halus halus serta amat tajam pula, ditambah pula bahang api neraka yang begitu panas. Akan tetapi terdapat nas al-Quran dan juga hadis-hadis yang menceritakan adanya orang yang berjaya menyeberanginya dengan izin Allah Taala, sebagaiman firman-Nya:
72.  Kemudian kami akan menyelamatkan orang-orang yang bertakwa dan membiarkan orang-orang yang zalim di dalam neraka dalam keadaan berlutut.- (Maryam:72)
Orang yang selamat menyeberangi titian tersebut bukanlah atas kebijaksanaan mereka, tetapi Allah Taala menyelamatkan mereka yang mendustakan para Rasul dan juga ayat-ayat Allah akan dibiarkan aoleh Allah Taala jatuh berguguran ke dalam neraka, gagal menyeberangi titian tersebut.
Bagi orang Mukmin, persoalan sirat itu termasuk dalam perkara pokok keyakinan, hasil daripada apa yang dikaji oleh mereka dengan mendalam melalui sabda Nabi SAW dan juga nas al-Quran. Dengan mengingati peristiwa sirat itu, mudah-mudahan orang mukmin sentiasa berdoa kepada Allah taala agar mereka diselamatkan semasa menyeberanginya.
Pelbagai keadaan yang akan dihadapi oleh manusia. Ada manusia yang dipanjangkan titian itu bagi mereka, ada pula yang gagal melaluinya lalu gugur ke dalam neraka. Bagaimanakah keadaan Nabi SAW ketika umatnya sedang melalui sirat itu?
Tidak akan melalui seseorang akan sirat itu melainkan akan berdepan dengan 7 sekatan dengan soalan-soalan pemeriksaan setiap sekatan.
Sekatan pertama
Manusia diperiksa mengenai syahadah mereka. Adakah mereka beriman dengan Allah dan Rasul-Nya sebagaimana ucapan syahadah mereka. Sekiranya benar akidah mereka, bebas daripada syirik yang meruntuhkan keimanan, maka mereka dibenarkan melalui titian sirat.
Sekatan kedua
Manusia diperiksa mengenai solat mereka. Sekiranya sempurna dengan rukun dan syarat-syaratnya serta khusyuk hati mereka terhadap Allah, maka perjalanan diteruskan.
Sekatan ketiga
Diperiksa mengenai ibadah puasa, sekiranya puasanya memenuhi rukun dan syarat, dan tidak dirosakkan dengan perkara yang membatalkan puasa, perjalan diteruskan.
Sekatan keempat
Pemeriksaan amal zakat terhadap mereka yang di dunia ini mempunyai harta yang wajib dikeluarkan zakatnya.
Sekatan kelima
Pemeriksaan ibadah haji. Diwajibkan sekali seumur hidup jika mampu ketika di dunia.
Sekatan keenam
Pertanyaan mengenai ibadah wudhu dan juga mandi wajib.
Wudhu merupakan 1 kaedah untuk menyucikan hadas kecil bagi membolehkan seseorang itu menunaikan solat,tawaf dan ibadah lain. Oleh itu ibadah wudhu mestilah diberi perhatian yang berat dan tidak bersikap sambil lewa dalam melaksanakannya.
Wudhu meupakan ibadah yang menjadi tanda pengenalan umat Muhammaddi Akhirat kelak kerana kesan air wudhu yang sempurna menyebabkan anggota wudhu berkenaan bercahaya.
Mandi wajib pula merupakan syarat utama ibadah seperti solat, membaca al-Quran dan sebagainya. Wanita yang datang haid atau nifas, apabila telah bersih, mereka tidak boleh berlengah lagi. Mereka mesti menyegerakan mendi hadas dan mendirikan solat fardhu, diikuti dengan menggantikan solat fardhu 1 waktu yang terdahulu dan juga waktu yang boleh dijamakkan dengan waktu tersebut. Kecuaian terhadap perkara ini mengundang kemurkaan Allah taala di akhirat kelak.
Sekatan ketujuh
Soalan dan pemeriksaan paling berat mengenai kezaliman yang pernah dilakukan sesame manusia. Menurut jumhur ulama, pemeriksaan terakhir ini adalah sangat menyulitkan manusia.
Kezaliman luas skopnya. Takrif zalim ialah meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya atau menyerahkan sesuatu bukan kepada yang hak. Ia merupakan pencabulan serta penindasan terhadap hak seseorang, penyelewengan dalam pengagihan projek yang telah ditetapkan oleh peraturan kerana orang yang sepatutnya berhak menerimanya telah dinafikaan hak mereka atas sebab pembolotan.
Alangkah malangnya jika pemeriksaan ketujuh ini gagal dilepasi walaupun enam daripadanya sudah berakhir dan semakin menghampiri syurga.
Tiada seorang yang boleh menyembunyikan kezaliman yang dilakukan terhadap seseorang yang lain, kerana semua anggota akan membuat pengakuan terbuka.
Dengan itu lidah akan menjadi kelu dan tidak mungkin boleh berdusta untuk menyembunyikan kezaliman yang telah dilakukan oleh mereka.

No comments:

Post a Comment