Wasiat Ibrahim bin Adham seorang ahli tasauf yang masyhur di tengah-tengah pasar kota Basrah apabila ditanya mengapakah doa mereka tidak dikabulkan Allah padahal mereka selalu berdoa kepada-Nya, lalu beliau menjawab: “Hati kamu buta disebabkan 10 perkara, iaitu:”
Pertama: Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak menunaikan hakNya.
Kedua: Kamu menyangka bahawa kamu menyintai Rasulullah SAW, tetapi kamu meninggalkan sunnahnya.
Ketiga: Kamu telah membaca al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
Keempat: Kamu telah makan daripada kurniaan nikmat Allah, tetapi kamu tidak mensyukurinya.
Kelima: Kamu telah berkata bahawa syaitan itu adalah musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
Keenam: Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.
Ketujuh: Kamu telah berkata bahawa neraka itu adalah benar, tetapi kamu tidak lari daripada perkara yang dapat menjatuhkan dirimu kepadanya.
Kelapan: Kamu telah berkata bahawa mati itu adalah pasti, tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya.
Kesembilan:Kamu bangun daripada tidur lalu kamu menceritakan segala keaiban orang lain, tetapi kamu lupa kepada aib kamu sendiri.
Kesepuluh: Kamu hadiri pengkebumian manusia, tetapi kamu tidak mengambil pengajaran dan iktibar daripada pemergian mereka itu.
No comments:
Post a Comment