84. Maka berperanglah kamu pada jalan Allah, tidaklah kamu dibebani melainkan dengan kewajiban kamu sendiri[324]. Kobarkanlah semangat para mukmin (untuk berperang). Mudah-mudahan Allah menolak serangan orang-orang yang kafir itu. Allah amat besar kekuatan dan amat keras siksaan(Nya).
Petang itu selepas menjalani latihan ketenteraan, Sultan Muhammad dan Panglima Tharhan duduk berehat di bawah pohon delima. Di hadapan mereka kelihatan Selat Bosphorus yang airnya berkilau-kilauan disinari cahaya matahari petang. Angin yang bertiup lembut terasa nyaman, menyejukkan tubuh mereka yang tadinya berpeluh.
“Pakcik sudah tua. Entah esok ataupun lusa pakcik dipanggil menghaadap yang maha Esa. Sekiranya pakcik sudah tiada, amalkanlah segala ilmu yang sudah tuanku pelajari.” Panglima Tharhan seperti berwasiat.
“Pakcik mengajar saya ilmu peperangan. Saya mahir menunggang kuda dan menggunakan senjata juga daripada tunjuk ajar pakcik. Bagi saya pakcik tetap berada dalam hati saya selamanya,” kata Sultan Muhammad pula.
“Syeikh Bayram dan Syeikh Syamsuddin al-Wali mengajar tuanku ilmu agama. Pakcik mengajar ilmu peperangan. Kedua-dua ilmu ini penting kepada tuanku yang bakal menjadi sultan Uthmaniyyah, pemerintah Turki. Tetapi apa yang penting, tuanku bakal penakluk Kota Constantinople.”
“Saya masih muda dan mentah dalam kehidupan. Tetapi saya mahu bertanya. Mengapa Kota Constantinople mesti ditakluk? Tidak bolehkah kita berbaik dengan mereka?”
“Constantinople adalah ibu kota Byzantium. Orang-orang Rom memusuhi Islam semenjak zaman Nabi Muhammad SAW sehingga sekarang. Kerana itu baginda memberi isyarat kota itu mesti ditakluki. Tetapi bukannya mudah. Kota Constantinople hanya dapat ditakluk oleh pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik.”
“Saya mahu menjadi pemimpin yang baik. Mempunyai tentera dan rakyat yang baik. Saya pasti tawan kota Constantinople suatu hari nanti.”
“Tuanku penuhi dahulu dada tuanku dengan ilmu. Selain mempelajari ilmu agama dan peperangan, tuanku mesti juga mempelajari ilmu sejarah. Mengingati sejarah membuatkan kita lebih mencintai tanah air kita. Sejarah juga mengajar kita supaya tidak mengulangi kesilapan yang lalu,” kata Panglima Tharhan.
“Boleh pakcik ceritakan mengenai sejarah Kerajaan Uthmaniyyah?” Tanya Sultan Muhammad.
Panglima Tharhan tersenyum. Dia tidak keberatan menceritakannya. Selain ilmu agama dan ilmu peperangan, Sultan Muhammad yang bakal mewarisi takhta Kerajaan Uthmaniyyah itu juga mesti mengetahui sejarah tanah airnya. Sejarah perjuangan nenek moyangnya.
Bagi Sultan Muhammad pula, walaupun sudah berkali-kali mendengar kisah sejarah itu namun baginda masih tidak puas mendengarnya. Setiap kali baginda mendengar kisah sejarah nenek moyangnya, semangat berkobar-kobar mahu mencontohi perjuangan mereka. Baginya, mendengar kisah sejarah itu bukan sebagai hiburan tetapi sebagai penguat semangatnya.
Bersambung untuk akan datang, teruskan istiqamah bersama blog ini..insyaallah
abg lan ae, cpat sambung..haha
ReplyDeleteMaaf.. Saya bru mengikuti kisah ini. Menarik jln crita dan faktanya. Cuma bagai mana saya boleh dapatkan siri 2 tajuk SUATU PENGAJARAN
ReplyDelete