Suatu ketika, Khalifah Ali bin Abi Talib berhujah dengan seorang Yahudi. Khalifah yakin baju besi yang dipakai oleh orang Yahudi itu adalah miliknya. Namun si Yahudi tetap menyangkal. Dia tetap bertahan, bahawa baju besi itu adalah kepunyaannya. Perdebatan it uterus meruncing sehingga kedua-duanya sepakat untuk menghadapkannya kepada hakim pengadilan.
Sewaktu dalam kamar perbicaraan, hakim yang bernama Syuraih itu bertanya kepada Ali, “Apa yang engkau kehendaki, wahai Ali?”
“Ia mengenai baju besiku yang hilang. Ianya diambil oleh si Yahudi in,” Ali menerangkan.
“Apakah yang diucapkan oleh Ali itu benar?” Tanya hakim kepada si Yahudi.
“Tidak, ini benar-benar baju besiku dan sekarang berada ditanganku!” jawab si Yahudi.
“Wahai Ali, sebagai seorang yang menuntut, engkau harus mendatangkan dua orang saksi yang menyokong engkau sebagai bukti,” pinta hakim.
Ali bin Abi Talib segera mengajukan dua orang saksi, iaitu pembantunya, Qanbar dan puteranya, Hassan bin Ali. Hakim menerima kesaksian Qanbar dan menolak kesaksian Hassan bin Ali.
“Kesaksian Qanbar aku benarkan, tetapi kesaksian Hassan bin Ali tidak boleh diterima, kerana dia adalah putera engkau sendiri!” Ujar Syuraih.
“Tetapi tidakkah tuan hakim pernah mendengar bahawa Umar bin Al-Khattab pernah berkata, bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda,
“Hassan dan Hussin adalah pemimpin pemuda di syurga?”
Dengan suara yang lembut tetapi penuh wibawa Syuraih menjawab, “Allahumma, Na’am. Ya Allah, memang benar.”
“Lalu masihkah tidak dapat diterima kesaksian pemimpin pemuda syurga ini?”
Namun hakim Syuraih masih tetap dengan pendiriannya bahawa dia tidak dapat menerima kesaksian Hassan bin Ali. Lantaran Ali tidak dapat mendatangkan seorang lagi saksi, maka hakim memutuskan Ali kalah. Dengan tegas dia katakana bahawa baju besi itu adalah kepunyaan si Yahudi itu.
Ali tidak dapat berbicara lagi. Dia tidak berdaya melawan peraturan dan undang-undang.baginda menerima keputusan hakim itu dengan senang hati. Dia menyedari bahawa dia tidak dapat menghadirkan saksi yang menyokong tuntutannya itu. Lalu sambil tersenyum baginda berkata, “Sahabatku Syuraih, engkau sungguh benar. Aku tidak mempunyai bukti.”
Si Yahudi itu melihat dengan mata kepala sendiri betapa puasnya Ali bin Abi Talib terhadap keputusan yang dijatuhkan hakim tersebut. Dia hairan mengapa seorang khalifah mahu tunduk terhadap peraturan dan undang-undang.
Melihat adegan mengharukan itu, si Yahudi pun berkata di hadapan majlis perbicaraan itu, “Baju besi ini benar-benar kepunyaan Ali. Aku mengambilnya sewaktu baju besi ini jatuh dari untanya ketika dia hendak pergi ke medan Siffin…”
Selanjutnya si Yahudi itupun mengucapkan 2 kalimah syahadah memeluk Islam. Selepas mendengar si Yahudi membaca syahadah, dengan segera Ali menyatakan, “Kalau begitu, baju besi itu kuhadiahkan kepadamu!” Selain itu, orang Yahudi itu juga dihadiahkan 900 dirham wang.
Kes baju besi di atas mengandungi ibrah (pengajaran) yang semestinya kita teladani. Pertama, keberanian Qadhi Syuraih menjatuhkan hukuman tegas dan adil. Meski yang terdakwa adalah seorang khalifah yang kedudukannya lebih tinggi daripada presiden, kerana bukti menunjukkan dia kalah, maka harus diputuskan salah. Sebagaimana sabda Baginda Muhammad SAW yang bermaksud, “Seandainya Fatimah binti Muhammad mencuri, tentu akan aku potong tangannya,”- hadis diriwayatkan oleh Bukhari.
Kedua, berani menerima kekalahan. Inilah yang dilakukan Ali bin Abi Talib. Sekalipun dia yakin dirinya benar dan kenyataannya memang demikian, tetapi keputusan hakim tidak ditolak.
No comments:
Post a Comment