Sinopsis Buku
Maka, jika anda salah seorang dari di atas, maka buku ini seharusnya menjadi milik anda.
Buku ini akan memaparkan 15 kuasa kepemimpinan yang wujud serentak dalam diri Sultan Muhammad bin Murad al-Fateh. Pengiktirafan Rasulullah kepada beliau dan bala tenteranya sebagai sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera telah membawa penulis untuk mendekati lebih dekat segenap sudut karakter kepemimpinan yang ada pada anak muda berusia 22 tahun ketika melakukan misi menawan Konstantinopel yang dianggap misi paling mencabar dalam sejarah dunia sekitar 1453 Masihi tersebut.
Berasaskan kajian kepada sumber-sumber utama Usmaniah seperti karangan Syekh Dr Muhammad Ali As-Shollabi, Prof Mehmed Maksudoglu dan Halil Inalchik, dikukuhkan lagi dengan latarbelakang penulis muda ini yang berpengalaman luas dalam latihan dan kepimpinan pemimpin mahasiswa, pengalaman bergerak dalam sektor NGO dan pembabitannya secara langsung dalam konsultan dakwah I.P Minda Training & Consultancy membuatkan beliau dilihat mampu memperjelas dan membumikan pelbagai penemuan baru dari khazanah yang ditinggalkan pemimpin agung Islam, Sultan Muhammad al-Fateh.
Buku ini adalah siri pertama penulis dalam usahanya untuk membawa paradigm baru terhadap sejarah dan khususnya tokoh-tokoh agung Islam seperti Sultan Muhammad al-Fateh.
10 Fungsi Read 1453
1. Laporan perkembangan penulisan buku Kuasa Kepimpinan dan Pemikiran al-Fateh (PTS Milenia) dan buku-buku siri seterusnya.
2. Laporan perkembangan thesis MA dalam Legasi Mehmet II di UIAM serta perbincangan dengan sarjana-sarjana sejarah Usmaniah
3. Laporan bedah buku berat dan ringan berkenaan Usmaniah
4. Forum cadangan ke arah mengadakan seminar-program sewajarnya diadakan pada 29 Mei setiap tahun
5. Forum maya usrah "1453" serta Malaysia.
6. Laporan perkembangan Akademi Kepimpinan Al-Fateh
7. Laporan perkembangan Institut Kajian Polisi Kenegaraan
8. Forum cadangan ke arah penerbitan filem animasi 3D dan album nasyid kontemporari "1453" di Malaysia serta persiapan menerbitkan filem "1453" di Malaysia
9. Laporan pengembaraan ke Istanbul dan Turki pada Mei 2010 dan perjalanan dokumentari 1453
10. Sumber video (Youtube) untuk aksi-aksi Usmaniah dan 1453
No comments:
Post a Comment