Kembali Ke Laman Utama

Daftar SSPN Di Sini

Saturday, January 2, 2010

Belajar Dari Umar Al-Khattab- Kenyangkan Perut Rakyat


Suatu ketika Utbah bin Farqad, gabenor Azerbaijan pada masa pemerintahan Umar bin Khattab ditawarkan makanan oleh rakyatnya. Suatu kebiasaan yang lazim pada masa itu. Dengan senang hati, gabenor menerimanya seraya bertanya:

“Apa nama makanan ini?” Tanya Utbah

“Namanya habish, ia dibuat daripada minyak sapi dan kurma,” jawab salah seorang daripada mereka.

Gabenor segera menjamah makanan itu. Sejenak kemusian bibirnya menguntumkan senyum. “Subhanallah!” Betapa manis dan enak makanan ini. Tentu kalau makanan ini kita kirim kepada Amirul Mukminin Umar bin Khattab di Madinah, pasti dia akan gembira,” ujar Utbah. Kemudian dia memerintahkan rakyatnya supaya membuatkan makanan tersebut yang lebih enak.

Setelah makanan tersedia, gabenor memerintahkan anak buahnya supaya berangkat ke Madinah dan membawa habish untuk Khalifah Umar bin Khattab. Dua utusan segera berangkat ke Madinah. Mereka menyerahkan makanan khas Azerbaijan itu kepada Umar bin Khattab. Khalifah segera membuka dan merasanya.

“Makanan apa ini?” Tanya Umar.

“Makanan ini namanya habish. Makanan paling lazat di Azerbaijan,” jawab salah seorang utusan.

“Apakah seluruh rakyat Azerbaijan dapat menikmati makanan ini?” Tanya Umar lagi.

“Tidak. Tidak semua boleh menikmatinya,” jawab utusan itu gugup.

Wajah khalifah langsung merah petanda sedang marah. Dia segera memerintahkan kedua-dua utusan itu supaya membawa kembali habish ke negerinya. Kepada gabenornya dia menulis surat,

“.........................makanan semanis dan selazat ini bukan dibuat daripada wang ayah dan ibumu. Kenyangkan perut rakyatmu dengan makanan ini sebelum engkau mengenyangkan perutmu.”

Ibn Qayyim al-Jauziyah di dalam kitab Manaqib Amirul Mukminin, halaman 165

“Aku orang pertama yang merasa lapar kalau rakyat kelaparan dan orang terakhir yang merasa kenyang kalau mereka kenyang,”
Amirul Mukminin Umar al-Farouq

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...