Kembali Ke Laman Utama

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, January 9, 2010

Mengenai Pengendalian Majlis Perjumpaan


1. Segala apa jua amal dalam bidang dakwah adalah ibadah, maka apa jua perjumpaan dalam organisasi perlulah dilihat sebagai ibadah kearah mendapat keredhaan Allah dengan niat yang ikhlas dan menjauhkan perkara yang boleh merosakkan pahalanya.

2. Memulakan majlis perjumpaan dengan nama Allah dan ta’awuz(memohon perlindungan kepada Allah daripada syaitan) selain sedikit waktu untuk peringatan dan tazkirah.

3. Perbahasan daripada perjumpaan ini adalah merupakan natijah yang penting untuk dikeluarkan, oleh itu amat penting menepati waktu dan tempat yang telah dipersetujui.

4. Hendaklah bersifat teliti dalam memberitahu waktu dan tempat supaya tidak berlaku proses yang menjadikan perjumpaan tergendala dan tidak sempurna.

5. Menjadi kewajipan ke atas individu supaya benar-benar mengambil berat soal kehadiran dan menepati waktu yang ditentukan serta tidak mengundurkan diri dari sebarang keuzuran yang benar-benar terpaksa. Tindakan tegas perlu diambil ke atas mereka yang mencuaikan soal kehadiran dan masa supaya tidak melahirkan generasi yang bermudah-mudahan dan tidak bersungguh-sungguh.

6. Menjadi kemestian ditentukan waktu mula dan waktu tamatnya perjumpaan supaya setiap individu dapat mengatur masa dan waktunya dan janganlah melangkaui berlebihan waktu perjumpaan.

7. Perlulah ditentukan jadual kerja majlis perjumpaan kerana jika ianya diketahui lebih dahulu(ada agenda dan dimaklumkan) tentu dapat membantu mematangkan perbincangannya.

8. Menjadi kewajipan pengendali/pengerusi majlis perjumpaan untuk mengambil berat mengenai masa supaya program selesai dalam waktu yang ditentukan. (susunlah keutamaan agenda)

9. Mengelola dialog perbincangan tajuk dalam bentuk yang bijaksana, menghimpunkan diantara kematangan pendapat untuk melahirkan bentuk kebenaran dalam perkara yang dibentangkan atau keputusan yang sesuai dalam waktu yang diperuntukkan.

10. Pengerusi majlis perlu mengingatkan pemusatan perbincangan dan bersifat ringkas agar ahli lain mendapat peluang juga dan untuk menjaga masa. Oleh itu penngerusi majlis kena memastikan perbincangan tidak keluar tajuk dan bertindak tegas.

11. Perlu dikawal supaya tidak potong memotong antara anggota semasa percakapan dan menjaga adab perbincangan.

12. Sesiapa yang ingin bercakap atau mengulas sesuatu hendaklah dicatatkan namanya agar dapat dirujuk kembali kepadanya.

13. Adab-adab perlu dijaga daripada mengeluarkan kata-kata tidak sopan,melukakan hati , mengaibkan, umpatan dan sebagainya dan janganlah dibalas kembali sehingga wujudnya kemarahan yang merosakkan pertemuan. Pengerusi wajar menegur selain diambil sikap berlapang dada.

14. Mengelakkan diri daripada menganggap hanya pendapatnya sahaja yang betul dan berlapang dada serta iltizam dengan keputusan perjumpaan.

15. Segala amanah/ perbincangan hendaklah dijaga dan tidak dihebohkan kecuali yang dipersetujui sahaja.

16. Perlu dipastikan perbincangan tidak meleret dan berpanjangan untuk mengelakkan kelesuan dan keletihan.

17. Keputusan yang diambil hendaklah dilahirkan natijah amanah pertanggungjawabannya dihadapan Allah dan disusuli sikap dan gerak kerjanya untuk menjayakan keputusan tersebut.

18. Hendaklah berhati-hati dalam membuat keputusan demi maslahat dakwah tanpa mengambil hati sesiapa atau mengikut perasaan.

19. Tutuplah majlis perjumpaan dengan tasbih kafarah.

20. Sebelum berakhirnya perjumpaan, semaklah segala keputusan dan ketetapan serta tentukan masa dan tempat perjumpaan seterusnya.

dipetik daripada rujukan buku Jalan Dakwah, Antara Qiyadah Dan Jundiyyah oleh Mustafa Masyhur

No comments:

Post a Comment