Kembali Ke Laman Utama

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, January 7, 2010

Bahagian anggota wudhu' terdapat pembalut atau plaster

Pertanyaan:
Apakah boleh (sah) melakukan wudhu untuk solat, di mana pada anggota tubuh terdapat plaster, pelekat atau sebagainya yang menutupi anggota tubuh yang harus kena air wudhu, tanpa dicabut terlebih dahulu?

Jawapan Oleh Dr. Yusuf Qardhawi

Tiap-tiap sesuatu yang diletakkan di atas anggota wudhu yang luka, misalnya plaster dan seumpamanya, hal itu boleh (sah) wudhu’nya, walaupun tanpa dicabut terlebih dahulu, kerana untuk menjaga jangan sampai luka tersebut bertambah parah.

Hal itu dalam bahasa arab disebut “Jabirah” yakni kain yang diletakkan dan diikatkan ke anggota badan yang luka.

Dalam keadaan demikian, sebahagian ulama ada yang berpendapat bahawa cara melakukan wudhu’nya cukup dengan menggusapkan tangannya kebahagian anggota wudhu yang diplaster tersebut. Sebahagian lagi ada yang mengharuskan dalam keadaan suci ketika akan meletakkan atau membalut plaster, setelah itu bila melakukan wudhu’ lagi, cukup dengan menggusap atasnya sahaja. Wudhu’nya sah dan solatnya tidak wajib diqadha’.

No comments:

Post a Comment