Kembali Ke Laman Utama

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, January 9, 2010

Akhlak dan Sifat-Sifat Yang Mesti Bagi Pemimpin


1. Mengharapkan akhirat, ikhlas kepada Allah, hati sejahtera dan sunyi daripada penyakit hati yang boleh meruntuhkan amalan.
2. Mempunyai kebijaksanaan, pengalaman dan luas pemerhatian, berupaya menganalisa pelbagai persoalan serta memahami dan bertindak terhadapnya. Bukanlah seorang yang kerap lupa atau gagal mengawal pemikirannya dalam suasana tegang.
3. Berakhlak lemah lembut, kasih belas dan mudah urusan.
4. Lembut dan tidak bersikap kasar.
5. Berani dan bermaruah dan tidak penakut atau membuta tuli
6. Bersifat benar dan tidak berbohong.
7. Tawadhu’ dan tidak meninggi diri ke atas orang lain.
8. Bersifat pemaaf dan dapat mengawal kemarahan
9. Menunaikan janji dalam perjanjian
10. Sabar
11. Suci diri dan mulia
12. Wara ‘ dan zuhud
13. Adil dan saksama walaupun kepada diri sendiri
14. Jauhkan diri dari sifat suka mengungkit dan bercakap tentang diri sendiri
15. Mengawasi diri dari perkara yang diharamkan oleh Allah
16. Berlapang dada serta tidak mendengar cacian dan umpatan
17. Keazaman dan tawakkal serta tidak teragak-agak.
18. Pertengahan dan seimbang dalam semua urusan
19. Teguh bersama dengan kebenaran tanpa berganjak
20. Menjauhkan diri dari sikap tidak yakin atau terlampau yakin

dipetik daripada buku Jalan Dakwah, Antara Qiyadah dan Jundiyyah, Mustafa Masyhur

No comments:

Post a Comment