Kembali Ke Laman Utama

Thursday, January 14, 2010

Konsep Ibadah Dalam Islam

Perkataan asal bahasa arab- ‘Abada, Ya’budu, Ibadah
Pengertian bahasa ialah tuduk, patuh, taat, menghinakn diri.

Di sudut istilah menurut Ibnu Taimiyyah meliputi apa sahaja yang dicintai dan diredhai oleh Allah, mengikut seluruh ucapan dan perbuatan yang tidak nampak mahupun yang nampak seperti solat, zakat , puasa, haji,berkata benar, menunaikan amanah,berbuat baik kepada ibu bapa, menghubungkan silaturrahim,menunaikan janji, amar makruf nahi mungkar dan berperang melawan kemungkaran.

Pandangan Dr Yusuf Qardhawi ialah bahawa ibadah ialah ketundukan yang tiada layak menerimanya melainkan Allah SWT

Kesimpulannya, ibadah itu merangkumi aspek yang luas dan amalan tersebut adalah untuk mencapai keredhaan Allah taala.

Orang yang beribadah ialah orang yang melengkapkan dirinya dengan perasaan cinta, tunduk dan takut. Pekerjaan dan pengabdian yang dilakukan hendaklah ikhlas dan sesuai dengan petunjuk syarak.

Syarat suatu perkara menjadi Ibadah

1. Niat kerana Allah
2. Perkara yang dibenarkan syarak
3. Semua amalan mesti mengikut peraturan yang ditentukan
4. Ibadah khusus tidak boleh diabaikan

Pembahagian ibadah

Ibadah umum – indirect/tidak langsung kepada Allah taala yang bersangkut paut dengan makhluk berlandaskan akidah dan syariat Islam. Contohnya menuntut ilmu,bekerja, berbuat baik kepada jiran.

Ibadah khusus – pengabdian secara direct/langsung kepada Allah taala bagi mencapai keredhaan Allah. Contohnya: melaksanakan kelima-lima rukun Islam, melakukan ibadah sunat, membaca alquran, zikrullah, berdoa, istighfar,taubat dan lain-lain.

Ibadah usahlah ditafsirkan hanya berlaku dimasjid atau pada tikar sejadah sahaja. Malah pengertian ibadah ini cukup luas, dan segenap pekerjaan kita bermula bangun daripada tidur, kemudian kita tidur kembali adalah merupakan ibadah dalam Islam dan mendapat ganjaran daripada Allah. Semoga pekerjaan kita dikira ibadah, insyaallah!

Rujukan: Manhaj Usrah PAS peringkat Taarif 2

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...