Assalamualaikum...
Dikesempatan selepas klas ptg td, ke kuliah maghrib alfadhil ustaz munif ahmad, salah seorang mursyid ana. Malam ini tajuk berkisarkan tentang taqwa yang mana diulas daripada kitab Minhajul Abidin karangan ulama Imam Ghazali Rahimahullahu taala
1. Cinta kepada dunia adalah pekerjaan yang paling hina
2. Sikap tawakkal yang tinggi hanya kepada Allah perlu disemai dihati
3. Cinta pada yang ada/bersifat sementara tiada gunanya pada diri
4. Orang yang bertakqwa tidak kurang darjatnya disisi Allah SWT
5. Asas kemuliaan seseorang itu adalah taqwa
6. Orang yang belajar(pelajar) kena/wajib berdakwah. Sebagai bukti yang dipamerkan oleh Imam Hassan alBanna, sehingga beliau suatu ketika tidak sempat study(paper syarah ilmu nahu), lalu suatu malam beliau bermimpi berjumpa dengan gurunya dan mengajarkannya. Ini menunjukkan keyakinan dan ketaqwaan kepada Allah taala.
7. Orang yang punyai sifat taqwa maka sikapnya adalah cukup baginya segala sesuatu. Jika sifat ini tidak berlaku, maka dia hendaklah bermujahadah pada diri.
8. Ketaqwaan akan membentuk insane yang soleh
9. Taqwa sangat perlu diketahui dan dipelajari
10. Rasulullah SAW Berjaya menunjukkan sifat mulia dengan turun bersama merasai kesusahan dan keperitan umatnya ketika menggali parit dalam saat mengahadapi perang khandaq.
11. Mempunyai hemah dan kesungguhan yang tinggi termasuk melaksanakan usaha pengorbanan terhadap waktu,tenaga,wang dan sebagainya.
12. Untuk mencapai martabat taqwa memang akan banyak diuji dan penuh dugaan. Sepertimana sikap ini yang pernah ditunjukkan oleh para sahabat radiallahu anhum yang sanggup meninggalkan kepentingan untuk ikut Rasulullah saw meninggalkan tanah air yang dicintai.
13. Kemuliaan disisi Allah akan dikurniakan kepada mereka yang menurut perintah Allah dan sanggup berkorban.
wallahuaklam
No comments:
Post a Comment