Kembali Ke Laman Utama

Friday, December 4, 2009

Peristiwa 3 Mac 1924

cap mohor rasmi bagi khilafah Uthmaniyyah


Sultan Abdul Hamid II (Khalifah Terakhir)
Ini merupakan majlis perlantikan Sultan Abdul Hamid ke-2 pada 31 Ogos 1876.


Beliau dikatakan sebagai khalifah bukan boneka terakhir Uthmaniyyah. Beliau juga berjaya melambatkan proses kejatuhan khilafah selama beberapa tahun.

Yahudi dan sekutunya sangat membenci khalifah ini kerana berjaya menghalang beberapa rancangan mereka. Di antaranya adalah pembelian tanah umat Islam di Palestin oleh pihak Zionis, maka timbullah kata-kata yang cukup masyhur sehingga sekarang:

“ Demi Allah, tanah ini bukan milik aku, tetapi milik umat Islam seluruh dunia. Aku lebih rela melihat daging tubuhku dicincang-cincang, daripada melihat tanah umat Islam di pisah-pisahkan., dan itu takkan berlaku selagi aku hidup. Beritahu pada Yahudi untuk simpan duit-berjuta-juta itu, dan mereka boleh ambil tanah Palestin sesuka mereka tanpa membayar sesen pun, ketika khilafah telah tumbang”

Satu lagi kata-kata berharga beliau: “Sesungguhnya hanya Islam sahajalah satu-satunya unsur yang menjadikan kita kuat. Kita mampu menjadi umat yang memiliki survival dan kuat dengan syarat kita hendaklah membenarkan ISLAM agama kita yang agung.”


Walaupun sistem khilafah telah kucar-kacir, pemerintahan beliau berjaya bertahan selama 33 tahun.

Sejak abad ke 19 lagi pemerintahan uthmanniyah menunjukkan tanda-tanda kejatuhan. Konflik dalaman melemahkan pemerintahan Turki Uthmanniyah. Boleh dikatakan proses modenisasi pada masa itu menyebabkan kerbergantungan terhadap kuasa-kuasa Barat seperti Britain dan Perancis.

Pada perang dunia pertama, kerajaan Turki Uthmanniyah yang berada dibawah Pakatan Pusat (juga Jerman dan Austria) telah dikalahkan oleh Pakatan Bertiga (Britain-Perancis-Russia). Kerajaan Islam Timur ditawan oleh Britain, Islam Barat ditawan oleh Perancis dan Islam Utara ditawan oleh Russia. Pada ketika inilah kerajaan Turki Uthmanniyah mengalami konflik dalaman yang semakin hebat. Britain bijak memburukkan lagi keadaan apabila mereka cuba untuk menyemarakkan serta menyuburkan semangat nasionalisma di negara-negara Arab.

Pada tahun 1915, Britain menduduki Iraq dan dua tahun selepas itu mereka menduduki Palestin. Pada tahun 1917, Britain mengisytiharkan Deklarasi Balfour yang mana perjanjian itu bersetuju memberikan Palestin kepada Yahudi. Kaum Yahudi mula berhijrah beramai-ramai ke Palestin. Boleh dikatakan penempatan Yahudi di Palestin meningkat daripada 50, 000 kepada setengah juta selepas perjanjian itu. Pada ketika itu penduduk Islam di Palestin dianggarkan seramai 1.4 juta.

Pada tahun 1919, Emir Faisal I bagi pihak kerajaan Arab menandatangani perjanjian bagi memberi sokongan sepenuhnya kepada Deklarasi Balfour. Pada tahun yang sama juga, Perang Dunia Pertama tamat. Tanah-tanah kerajaan Turki Uthmanniyah mengalami kolonisasi oleh Britain dan Perancis. Wujudlah negara bangsa apabila sempadan-sempadan digariskan memisahkan agama. Pusat pemerintahan Turki Uthmanniyah iaitu Istanbul diduduki oleh Britain. Selepas perang dunia pertama, beberapa tuntutan telah dibuat dalam sebuah Persidangan Lausanne. Antara tuntutan-tuntutan itu ialah:

1. Sistem khalifah ditamatkan
2. Khalifah dibuang negeri
3. Harta khalifah dirampas
4. Kerajaan Turki akan ditubuhkan atas dasar sekular

Persidangan ini menjanjikan kemerdekaan ke atas negara Turki.
'eksperimen' yahudi yang berjaya meruntuhkan sistem khalifah Islam- mustaffa kamal attaturk

Dalang utama dalam kejatuhan sistem khalifah ialah Mustafa Kamal Attartuk. Mustafa Kamal Attartuk mengadakan konspirasi politik bagi merampas tampuk pemerintahan.

Nota: Sultan Abdul Hamid II (Khalifah Terakhir)

Tarikh 3 Mac 1924 menyaksikan sistem khalifah secara rasminya ditamatkan. Khalifah Abdul Hamid II diusir dan dibuang negeri. Mustafa Kamal Attartuk mengambil takhta dan proses pengsekularan pun bermula.


gambar protes besar-besaran rakyat melalui hasutan yahudi keatas rakyat turki dijalankan bagi menggulingkan khalifah.


saat pengakhiran yang amat mendukacitakan kepada umat Islam keseluruhan bagi sistem Khalifah!!!

Shaykh Abdul Kerim al-Kibrisi, waris sultan abdul hamid 2

sumber edit daripada http://crystalsofcanterbury.blogspot.com/
http://higherstations.wordpress.com/
http://heimujahid.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...