Kembali Ke Laman Utama

Wednesday, December 2, 2009

Punca Kelemahan

Sabda Rasullallah yang bemaksud:

"Sifat-sifat yang paling dibimbangi oleh ku berlaku pada umatku ialah perut buncit, selalu tidur, malas dan lemah iman." (diriwayat oleh ad-daruqatni)


HURAIAN

Dalam hadis ini Rasulullah mengingatkan umat Muslim supaya menjauhi sifat-sifat yang boleh menjahanamkan hidup seseorang itu dan sekaligus melemahkan masyarakatnya. Sifat-sifat itu ialah kerakusan makan, banyak tidur, malas dan Kelemahan iman.

Kerakusan makan bukan shj menambahkan berat badan yang melamarkan berbagai-bagai penyakit yang merbahaya, tetapi juga akan menghambatkan kecergasan akal dan melemahkan tenaga berfikir dan seterusnya membunuh perasaan khusyu' dlm ibadah.

Selalunya tidur bukan sahaja mewarisi kapapaan rezeki dan ilmu pengetahuan, malah menjadikan hidupnya sia-sia atau seolah-olah berada dalam tahap orang-orang yang mati. Dalam istilah Al-Quran tidur itu suatu "kematian sementara" kerana orang yang sentiasa menyintai tidur itu seolah-olah menyintai kematian.

Kemalasan adlh anak kunci segala kegagalan & kerugian baik dlm urusan hidup dunia apatah kali dlm amal ibadah t’hadap Allah yg m’jadi nilai utama hidup seseorg manusia.

Kelemahan iman adalah akibat daripada ma'siat-ma'siat, kejahilan dan menjauhkan dari Allah. Manusia yang lemah iman bukan sahaja menjadi bahan-bahan utama rompakkan syaitan, malah mereka akan dijadikan agen syaitan yang ditugaskan mengheret menusia lain kedalam kejahilan dan kejahatan.

Kerana itu makan banyak, tidur banyak, malas dan lemah iman perupakan empat sekawan yang jarang bercerai. Apabila sifat-sifat itu terhimpun pada seseorang itu maka bererti insaniahnya sedang dalam proses menurut kepada tahap haiwaniah dan apabila sifat-sifat itu itu berkumpul pada satu umat maka bererti umat itu akan mundur dan pupus dan dilanyak oleh musuh dan malapetaka.
-Mahasiswa bermotivasi teras keunggulan modal insan  negara-

1 comment:

  1. nak copy buat sumber motivasi... syukran atas perkongsian ^_^

    ReplyDelete

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...