Kembali Ke Laman Utama

Saturday, December 5, 2009

Panduan Kesihatan Menurut Al-quran dan As-sunnah


Berikut adalah petua kesihatan yang telah diturunkan oleh Rasulullah untuk amalan umat islam. Bahan-bahan berikut diambil daripada sumber Kitab Tibbun dan Bahrul Mazi







4 Faktor yang boleh mendatangkan penyakit

1. banyak bercakap
2. banyak tidur
3. banyak makan
4. banyak berjimak

4 faktor yang boleh melemahkan badan

1. banyak berjimak
2. sentiasa berada dalam keadaan berdukacita dan keluh kesah
3. banyak minum ari yang bercampur dengan air liur kita sendiri
4. banyak makan makanan yang serba masam

Bagi menambahkan kecerdasan akal

1. tinggalkan dari bercakap kosong
2. sentiasa bersugi/ berus gigi
3. sentiasa bersama-sama dengan orang alim

Faktor-faktor yang membawa kepada menjadi pelupa /melemahkan daya ingatan dan kefahaman

1. melihat perkara-perkara yang haram
2. bermain mata dengan perempuan
3. beronani
4. membuang air kecil semasa sedang mengosok gigi
5. minum minuman atau makan makanan yang dimasuki semut
6. tidak membaca al-quran dalam sehari
7. minum atau makan makanan yang haram atau diperolehi dengan cara haram
8. mengadu domba atau mengumpat
9. terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya
10. bercinta-cinta ( bukan cara islam)
11. terlalu memikirkan perkara yang bukan-bukan
12. sentiasa berada dalam keadaan berdukacita dan keluh kesah

bahaya tidur disiang hari kecuali Qaililah

1. mendatangkan penyakit-penyakit kulit
2. merosakkan warna kulit
3. melemahkan jantung
4. menambahkan tekanan perasaan yang meluap
5. melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat
6. melemahkan kecerdasan akal

waktu-waktu yang tidak digalakkan tidur

1. awal-awal pagi setelah terbit matahari
2. selepas masuk waktu asar
3. tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh daripada badan

Agar air yang diminum mendatangkan kesihatan

1. minumlah segelas air dengan bilangan teguk yang ganjil
2. jangan bernafas di dalam gelas semasa meminumnya
3. jangan meniup air yang hendak diminum

waktu-waktu yang dilarang minum air

seboleh-bolehnya jangan minum air di waktu-waktu berikut:-

1. sejurus selepas bersenam,bersukan dan bekerja berat
2. selepas bersetubuh
3. ketika makan
4. selepas makan buah-buahan
5. selepas keluar daripada bilik air
6. ketika terjaga dari tidur

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...