Kembali Ke Laman Utama

Tuesday, December 15, 2009

Jiwa Semangat al-Fateh

"Jika kau mendapati jiwamu di tahap yang tinggi, maka awasilah kerana bila-bila masa kau akan ke bawah... namun jika kau merasa jiwa sentiasa di bawah, percayalah bila-bila masa pun kamu akan di atas... walau dimana kau berada, batasilah nikmat atau musibah dengan syukur kerana syukur adalah redha... ingatlah bahawa kabus itu memang gelap, tetapi lama-kelamaan ia akan hilang pabila mentari muncul..."

*Sultan Muhammad al-Fateh*
ilustrasi pasukan "sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera"
pedang baginda sultan muhammad al-fateh
Seorang Sahabat Rasullullah S.A.W, Abu Ayub Al Ansari pernah mengikuti ekspidisi perang menentang tentera Rom di Constantinople ketika di zaman kerajaan Bani Umaiyyah. Beliau ingin jasadnya dikuburkan di tembok Constantinople dan ketika ditanya mengapa beliau ingin dikuburkan ditembok tersebut, beliau berkata kepada panglima Bani Umaiyah: “Aku mendengar baginda Rasulullah S.A.W mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut & aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda.”

3 comments:

  1. kalau kita mati pernahkah kita memikirkan dimanakah kita hendak disemadikan

    ReplyDelete
  2. kalau rumah ana pula, setiap kali nak ke bandar, ana lalu kat jalan tepi kubur... kekadang pandang dan fikir... "muat lagi utk aku ni nanti"... saban hari tapak kubur pun dah makin penuh "pendatang2" baru yang menetap disitu...

    ReplyDelete
  3. salam, seorang wali Allah ada mengatakan bahawa kubur itu adalah sebuah bandar, kerana setiap hari, jumlah penduduk di kubur itu bertambah, sedangkan penduduk bandar di atas muka bumi ini akan sentiasa berkurang.

    ReplyDelete

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...