Kembali Ke Laman Utama

Daftar SSPN Di Sini

Tuesday, December 15, 2009

Motivasi: Untuk Berjaya Perlu Ada Matlamat (1)



Hampir 80% daripada pelajar tidak mempunyai matlamat atau tidak tahu apa yang dikatakan sebagai matlamat. Cuba fikirkan sejenak, sekiranya anda tidak pasti apa yang anda mahukan, bagaimana mungkin anda membuat perancangan dan mengatur langkah untuk mendapatkannya? Tanpa matlamat hidup anda akan sia-sia. Tanpa matlamat masa akan terbuang begitu sahajai tanpa disedari.

"Imagination is power than knowledge."

Ini dipetik dari kata-kata Einstein. Memang benar, imaginasi atau impian itu lebih berkuasa dari ilmu pengetahuan. Sebab, impian akan mendorong tindakan. Impian mencetus kegigihan. Impian yang sungguh-sungguh akan mendorong diri untuk teruskan perjuangan ke arah kejayaan.

Sedarkah anda begitu ramai orang gagal dalam hidup mereka hari ini adalah mereka yang sebenarnya tahu tentang faktor atau penyebab kejayaan. Pulang nanti, sekiranya anda bertemu dengan seorang tukang kebun, cuba tanya dia, "Pakcik..pakcik., pakcik tahu tak kalau waktu sekolah dulu pakcik belajar rajin-rajin, tidak buang masa, tekun.... hari ini pakcik mungkin dah jadi doktor". Apa agaknya kata pakcik itu?? "Tahu..pakcik tahuuu". Lihat seorang yang tahu apa faktor yang boleh merubah masa depan kini berpuashati hanya sebagai tukang kebun??? Inilah masalah anda. Anda tahu apa yang perlu dilakukan untuk berjaya tetapi anda tidak punya matlamat. Tidak punya impian yang cukup kuat untuk melakukan sesuatu tindakan kearah kecemerlangan diri.

Selepas ini, tenangkan fikiran anda sebentar. Fikirkan soalan ini.

• Apa yang aku mahukan dalam hidup ini?
• Bila aku mahukannya setahun, dua tahun, lima tahun?
• Kenapa aku mahukannya?
• Bagaimana aku boleh mendapatkannya?


Contoh matlamat

Apa?
Aku mahu capai 4 pointer dalam exam.

Bila?
sem ini juga.

Kenapa?
Untuk buktikan pada rakan-rakan yang aku ada kebolehan.
Untuk memenuhi hasrat ibu bapa.

Bagaimana?
Aku mesti belajar sekurang-kurangnya 3 jam sehari.
Aku mesti melatih 20 soalan setiap hari.
Kerja sekolah mesti siap.
TV dan sembang-sembang mesti dikurangkan.
Pencapaian ujian bulan mesti memberangsangkan.


-Mahasiswa Berilmu Pengetahuan Asas Keunggulan Agama dan Bangsa-
sumber Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...