Kembali Ke Laman Utama

Wednesday, December 16, 2009

Drama tahyul dan khurafat menghiasi Tv Malaysia

Assalamualaikum wbt...

Sudah lama saya tidak buka channel-channel tv, apa boleh buat...astro kena potong... terkadang rasa meluat tengok media kita, nak2 suruh tengok berita.  kekadang kalu free, saya suka jugak tengok siaran discovery channel National Geographic, Bicara Siswa, Hujah di tv9 dan seumpamanya. alang-tengah makan layan jugak cerita kartun.

Minggu ni saje, dalam sedikit masa ruang, time waktu petang2... banyak betul cerita Indonesia menghiasi drama tv2 kita. bila dilayan seketika, banyak betul adegan dan babak2 tahyul,dongeng dan karut dalam drama. hairan terkadang saya dibuatnya. dimanakah suara-suara mufti dalam hal ini?

Saya begitu bimbang, melihatkan lakonan pari2 dan syaitan oleh pelakon, ya...nampak seperti biasa saja. tetapi bagi saya, inilah serangan halus ke dalam pemikiran umat Islam. walaupun diakhir rancangan ditulis, "ini hanya kisah dongeng,untuk ibu bapa disaran memberi didikan kepada anak2...bla2bla2.." tetapi 1jam siaran setiap hari itulah yang berusaha menggoncang akidah seluruh minda umat Islam Malaysia.

Mungkin difikiran anak2 kecil membayangkan pari2=malaikat? pari2 di dalam drama digambarkan wanita dan memiliki sayap sedangkan islam mengajar kita malaikat tidak sedemikian apatah lagi bernafsu seperti manusia. petang2 banyakla sungguh drama kat tv.

malam pun sama, kalau petang tadi cerita karut tadi, malam cerita hantu... hampir setiap malam bila saya buka tv, asyik2 cerita hantu...hari2 cerita hantu, puaka, saka, .... minda orang kita sudah diajak kezaman kegelapan semula. tak dinafikan kaum Melayu ni memang aneh perangainya nak2 yg mengamalkan ajaran ilmu sesat.

baru2 ni untuk semester ini sahaja 2 orang pensyarah kami terkena buatan orang, pelajar pulak lagi ramai... ada yang sempat saya jumpa tu sampai kurus badannya. budaya syirik mereka2 yang menggunakan syaitan sebagai teman mereka dikalangan orang kita semakin meluas. media pula mensensaikan bentuk2 cerita seperti ini, mana tak nye masyarakat kita tak terjerumus perkara syirik, tahyul, khurafat dan sebagainya...

dilayar pawagam masyarakat dimomokkan agenda yahudi dan nasrani filem 2012... ramai yang mula berbicara... di indonesia, Majlis Ulama Indonesia,MUI telah mengeluarkan fatwa mengenai "akidah" mereka yang percayakan kiamat 2012. lihatlah bagaimana akidah kita mudah saje terpesong., mudah seperti kita menanggalkan baju daripada badan kita.

 firman Allah taala didalam surah yasiin yang bermaksud

61. Dan hendaklah kamu menyembah-Ku. inilah jalan yang lurus.
62. Sesungguhnya syaitan itu Telah menyesatkan sebahagian besar diantaramu, Maka apakah kamu tidak memikirkan ?.

2 comments:

  1. Cerita 2012 bkn lah mngisahkan kiamat, cme cerita ni lebih kepada sains n geografi... pd pndangan sy, crita ni nk mnunjukan bgaimana apabila dunia di musnahkan dgn air, lgpun skrg ais di kutub utara makin mencair, paras laut naik... dn kiamat tu adalah rahsia....

    ReplyDelete
  2. qiamat ertinya pengkahiran kpd dunia. walau apa asbab kehancurannya samaada air atau pun apa, ia pasti berlaku. Artikel di atas g respons kpd gejala akidah yang meruntuh dikalangan umat Islam yag taksub kpd ikutan barat shgga lupa kpd tuntutan rukun iman (percaya kpd hari akhirat).

    ReplyDelete

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...