Kembali Ke Laman Utama

Daftar SSPN Di Sini

Sunday, November 29, 2009

Perkara-perkara yang dapat membantu dalam menjalankan amanah kepimpinan

1. Ikhlas dan jujur kerana Allah.

2. Sentiasa meletakkan Allah sentiasa memerhatikannya dalam setiap waktu dan setiap pekerjaannya.

3. Memohon pertolongan Allah dalam semua keadaan dan semua perkara.

4. Perlunya kepekaan yang benar-benar kepada pimpinan atau orang yang brtanggungjawab terhadap amanah kepimpinan, yang mendorongnya berjaga malam dan mengambil tahu kesemua yang berhubungan, menggalakkannya untuk sentiasa sedar, mengambil perhatian, bersungguh-sungguh berkerja menyumbangkan usaha untuk melaksanakan tanggungjawabnya, menyediakan keupayaan yang sepatutnya serta mengambil faedah dari setiap perkara baru.

5. Pemimpin mesti mengambil berat masalah TARBIYYAH dan penyediaan RIJAL.
6. Menyuburkan pengertian kasih saying dan persaudaraan kerana Allah dikalangan para pendokongnya secara umum dan antara pengikut dengan kepimpinan secara khusus.

7. Mengambil berat terhadap perancangan serta menentukan tujuan-tujuan, peringkat-peringkat, cara-cara dan segala kemudahan peralatan yang mampu, mengagihkan segala kerja dan tugas kepada orang-orang tertentu yang layak.


8. Hendaklah dirasakan oleh pemimpin-pemimpin bahkan setiap anggota jamaah akan beratnya amanah yang dipikul oleh pemimpin dan mereka perlu dibantu dengan perkara yang dapat mendorong setiap anggota atau yang bertanggungjawab dikedudukannya untuk menunaikan kewajipannya dan menutup ruang yang ia berada didalamnya, memberikan nasihat atau cadangan-cadangan kepada pemimpin dengan perkara yang dapat membantunya bagi menunaikan amanah dalam suasana persaudaraan kasih saying dan hormat menghormati.

9. Pemimpin hendaklah bersungguh-sungguh dalam membangkitkan harapan, menggerakkan himmah dan keazaman kepada semua anggota serta mengawal mereka dari setiap perkara yang menyekat atau membawa perasaan lemah dalam menghadapi halangan.

dipetik daripada buku Jalan Dakwah, Antara Qiyadah dan Jundiyyah: Mustafa Masyhur

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...