Kembali Ke Laman Utama

Monday, October 12, 2009

Larangan Berjahat Sangka


Terjemahan Lengkap

Dr Abi Hurairah R.B. Nabi (S) b’sabda:
 Awasilah diri kamu drpd b’jahat sangka krn jahat sangka itu sebohong-bohong cakap dan jgnlah jg kamu mengintip rahsia-rahsia org, jgn m’cari berita buruk, jgn b’hasad dengki, jgn b’masam muka dan jgn bermarah-marahan, sebaliknya jadikanlah kamu semua itu bersaudara mara.

Huraian Hadith
Hidup berbaik-baik dan berhubung mesra di antara satu sama lain adalah satu amalan baik dan sangat dituntut oleh Islam, kerana yang demikian bolih membawa kepada keteguhan perpaduan dan kebahagiaan hidup. Sebaliknya hidup berpecah belah dan berjahat sangka itu dilarang keras, kerana ia boleh membawa kepada keruntuhan dan porak peranda masyarakat. Dalam hadith di atas Rasul Allah mengingatkan orang-orang Islam beberapa sifat keji yang boleh mendatangkan perselisihan dan permusuhan. Mereka ditegah sama sekali melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan perselisihan faham dan pergaduhan, iaitu:

1. Berjahat sangka, seperti menganggap seseorang itu benci kepadanya atau menghasut seorang hingga berlaku perselisihan faham.

2. Mencari rahsia orang lain, seperti menyelidik keburukan peribadi orang hingga boleh menimbulkan suatu perselisihan. Firman Allah dalam Surat AlHijrat Ayat 12. Ertinya: “wahai mereka yang beriman, jauhilah kamu banyak daripada berjahat sangka bahawa setengah daripada jahat sangka itu menjadi dosa, maka janganlah kamu mencari rahsia-rahsia orang dan janganlah bermaki hamun setengah kamu terhadap setengah yang lain.”

3. Mencari berita buruk, seperti mencari kejahatan orang lain untuk disebarkan, termasuk juga memetik berita-berita buruk (khabar angin) dari orang-orang jahat. Firman Allah dalam Surah AlHajrat ayat 6.

Ertinya: “Wahai mereka yang beriman, jika datang kepada kamu orang-orang fasik (jahat) membawa satu berita maka hendaklah kamu periksa dan selidik kenyataannya terlebih dahulu kerana takut kalau-kalau mengenai sesuatu kaum dengan tiada pengetahuan lalu kamu menyesal atas perbuatanmu.”

4. Berhasad dengki, iaitu mencari jalan untuk menghilangkan nikmat yang ada kepada orang lain. Perbuatan ini sangat besar kerosakannya bukan sahaja kepada orang yang didengki bahkan kepada pendengki dan masyarakat. Dalam hadith yang lain Rasul Allah bersabda:

Ertinya: “berhati-hatilah kamu terhadap hasad kerana ia boleh merosakkan kebaikan sebagaimana api boleh memakan kayu api.”

5. B’masam muka, iaitu menunjukkan perasaan benci t’hadap org lain. Sifat ini blh merenggangkan p’hubungan baik antara satu dgn yg lain.

6. Bermarah-marahan, iaitu bertengkaran di antara sesama sendiri. Dalam hadith lain Rasul Allah bersabda:

Ertinya: “jangan kamu marah memarahi, jangan kamu berhasad dengki dan jangan kamu bermasam muka, sebaliknya jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara.”

Oleh itu orang-orang Islam hendaklah hidup berbaik-baik dan hormat menghormati di antara satu sama lain serta mengeratkan tali persaudaraan Islam dan kerjasama untuk kebaikan bersama.

Pengajaran hadith

Di antara pengajaran yang dapat difaham dari hadith di atas ialah:

1. Org2 Islam dikehendaki hidup berbaik-baik di antara satu sama lain.
2. Mrk dilarang keras b’jahat sangka, b’hasad dengki, b’masam muka dan sebagainya.
3. B’musuh2-an sesama s’diri akn m’bawa kpd keruntuhan & p’pecahan.
4. Hidup berbaik-baik akan membawa kemajuan dan keteguhan.

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...