Kembali Ke Laman Utama

Monday, October 12, 2009

KISAH PERCUBAAN UMAR UNTUK MENGATASI ABU BAKAR

Umar(r.a) meriwayatkan :

“Rasulullah (s.a.w) pernah sekali meminta derma untuk menggunakan dijalan Allah (s.w.t) pada masa itu daku ada memiliki sedikit harta kekayaan.Daku telah merenung didalam fikiranku bahawa pada setiap masa AbuBakar telah membelanjakan lebih dari apa yang daku telah belanjakan dijalan Alah (s.w.t).Daku berharap dengan pengurniaan dari Allah (s.w.t) dapatlah daku membelanjakan lebih dari-nya buat kali ini , kerana pada ketika ini daku hanya mempunyai sebarang dua harta benda kekayaanku untuk daku belanjakan .Daku pun pulanglah kerumah dengan perasaan riang dan gembira serta terbayang akan buah fikiranku ini.Daku telah membahagikan segala harta kekayaan kepada dua bahagian .Sebahagian daripadaku ku tingkalkan untuk keperluan ahli keluargaku dan daku telah membawa yang sebahagian itu lagi untuk menemui Rasulullah (s.a.w).Beliau telah meneguri daku lalu berkata “Adakah kamu tinggalkan sesuatu untuk keluargamu wahai umar?”

Jawab umar”saya tinggalkannya separuh.”

Selepas itu Abu Bakar datang pula dengan membawa segala harta-bendanya.Daku mendapat tahu bahwa beliau telah membawa segala yang dimilikinya. Beginilah perbualan yang daku telah dengar diantara beliau dengan Rasulullah(s.aw):

“Apakah yang telah kamu tinggalkan untuk keluargamu,wahai Abu Bakar?” Rasulullah(s.aw): bertanya.

Jawab Abu Bakar”Saya telah meninggalkan Allah dan Rasulnya kepada mereka.

Umar(r.a) berkata bahawa sejak dari itu dia telah menyakinkan dirinya bahawa dia tidak boleh lagi untuk membelanjakan lebih dari Abu Bakar(r.a).

Allah s.w.t telah berfirmn didalam kitab sucinya,”kerana itu berlumba-lumbalah berbuat kebajikan(S5:48).”

Oleh itu perbuatan yang serupa dengan ini yang dilakukan sebagai pengorbanan sangatlah disukai dan digalakkan .Peristiwa ini telah belaku semasa perang tabuk,dimana para sahabat sebagai menyahut seruan daripada Rasulullah (s.aw) supaya memberi pertolongan telah menderma mengikut kemampuan masing-masing.semoga Allah s.w.t menganugerahkan kepada mereka dengan sebaik-baik kurnianNya bagi pihak semua orang Muslim.

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...