Kembali Ke Laman Utama

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, September 13, 2009

PESANAN TERAKHIR

Wahai MUJAHID DAKWAH
Puluhan tahun lamanya, pendengaran, pergaulan, ketekunan, kegiatan berjuang, kerana jerih payah dan pembantingan tulang yang tiada hentinya, engkau telah kaya dengan pengalaman.
Engkau sekarang telah jadi.
Engkau telah memiliki pengertian dan ukuran, engkau telah turut menentukan jarum sejarah seperti orang lain.
Engkau telah sampai pula ke batas sejarah, kini dan nanti
Engkau telah memenuhi hidupmu dengan tekun dan sungguh, ikut memikul yang berat, menjinjing yang ringan, membawa batu bata untuk membangun Ummat ini.
Engkau tebus semua itu dengan cucuran keringat dan air mata, kesengsaraan dan penderitaan.
Kawan hidupmu yang menyertai mu dalam segala duka dan duka telah tak ada lagi.

Wahai MUBALIGH ISLAM,
Tanganmu telah ikut sejarah.
Sejarah perjuangan umat, sejarah menegakkan cita dan agama, benang yang engkau sumbangkan telah memperindahkan sulaman tarik dari umat ini.
Engkau kini telah menemui bentukmu, sesuai dengan bakat dan kudratmu.
Engkau tidak lagi anak kelmarin tapi anak kini dan akan pulang lagi meninggalkan bengkalai ini.
Sebagai seorang juru bicara umat islam, engkau telah mempunyai ukuran dan alat penilai; sampai dimana kita dan hendak kemana lagi. Pengalaman yang engkau perolehi dari perjalanan yang jauh, akan berguna dan bermakna dalam mencari kemungkinan langsungnya perjuangan cita ke depan.
Keyakinan yang engkau miliki, jalan panjang yang engkau tempuh selarut selama ini, getir yang engkau derita , segala itu dapat engkau pakai untuk merumuskan bagai mana lagi perjuangan umat islam kedepan- setelah ini.
Paparkanlah semua itu kepada generasi muda yang akan mengganti engkau!
Ambilah kesimpulan dari kekeliruan dan kegagalan masa lampau.
Belajardari masa lalu, terutama belajar dari kekeliruan dan kegagalan yang engkau alami sendiri, dan teman seiring mu juga.
Bukankah kerap benar dalam pendirian tapi salah dalam perhitungan?
Benar dalam prinsip tapi keliru dalam cara?
Kejujuran dalam perjuangan memesankan, agar kita mengakui terus terang kekeliruan dan kelemahan diri. Yang demikain itu penting untuk menyusun panduan masa datang, mengendalikan kehidupan cita dan agama.
Dalam kekeliruan, kita dapat mengambil makna dan guna.
Kita keliru kerana kita telah berbuat.
Ruh-intiqadi yang engkau miliki janganlah engkau pakai untuk melenyapkan segala harga dan nilai, dari angkatan lama yang telah berbuat itu.
Mereka adalah anak dari zamannya, dan telah memenuhi tugasnya pula.
Cahaya dari pelita lilin yanglemah dan lembut itu perlu juga dihargai, kerana ia telah berjasa memecahkan sudut-sudut yang gelap.
Wahai si JURU DAKWAH!

Kini engkau telah sampai ketonggak sejarah.
Di atas pendakian sunyi tidak kesibukan terletak kesenggarahan lama, patilasan orang lalu setiap waktu. Dari tempat itu kenangan lama. Masa lalu penuh keharuan dan kenangan.
Duri dan derita dera dan kepapaan, keringat dan air mata.
Tapi ia indah dalam kenangan dan lukisan kalbu.
Engkau pandanglah masa depan dengan Basyirah, dengan Horizon yang tajam.
Memanjang jauh ke muka, sampai ke kaki langit.
Tahukah engkau bahawa engkau hanyalah sebuah mata dari rantau sejarah yang panjang itu?
Telah lalu beberapa khafilah dari kehidupan yang sayup, dan mereka telah berbuat sesuai dengan zamannya. Sungai air mata dan titisan darah sepanjang darah yang membentang dari pangkal hingga kehujung yang tidak kelihatan, adalah kalimat yang memberitakan, bahawa angkatan silam telah mengembangkan sayap kegiatan mereka dengan segala kesungguhan dan kepenuhan.
Romatik dan heroic zaman silam masih menggemakan gentar suara ditengah sahara kekinian, meninggalkan pesan kehidupan yang penuh dan menyeluruh kepada angkatan kemudian.
Daftar para syuhada’ itu telah panjang, dan dalam perut bumi telah memutih tulang sebagai saksi kepada yang hidup bahawa mereka telah datang dan telah pulang tidak sia-sia.
Dari celah-celah kuburnya kedengaran jua suara halus memuat amanat perjuangan kepada generasi kita yang masih hidup.
Dan lihatlah pula khafilah hidup yang sudah mendesak juga kebatas perhentian.
Masa kini rupanya, “lah laruik sandjo” bagi mereka, dan waktu pamitan tak lama lagi………..

Wahai si TUKANG SERU!
Entah berapa lagi jatah umor engkau yang masih tinggal, kita tidak tahu.
Tahukah engkau, pekerjaan besar ini tidak akan selesai di tangan engkau?
Sejarah berjalan terus, nlampau dan datang, kini dan nanti.
Tahukah engkau, bahawa dibelakang kalimat sejarah itu belum ada titik?
Masa yang akan datang penuh dengan rahsia,tersimpan dalam kandungan ghaib, misteri gelap bagi kita.
Masa silam dapat engkau baca dalam halaman sejarah; masa yang akan datang masih gelap tak ada yang tahu?
Tahukah engkau, kumandang zaman datang dapat juga kita ketahui dari puncak zaman sekarang?
Dalam kekinian mengandung juga roman zaman yang akan tiba.
Engkau kini berada diantara dua ufuk yang bertentangan, dua kutub yang tidak serupa.
Engkau kini berada antara idealisme dan realime dunia.
Idealisme yang engkau miliki dan realisme yang engkau hadapi.
Antara kedua kutub itu engkau tetap dalam lensa sorotan. Lensa sorotan sejarah yang berjalan terus dan sentiasa.
Sanggupkah engkau lalu ditengah-tengah dua kutub yang bertentangan ini?
Masih kuatkah kaki engkau berjalan di antara dua dunia yang saling bertentangan itu?

Wahai MUSAFIR yang sedang lalu!
Jalan inimasih panjang, rantau ini masih jauh!
Dengan Al-Quran ditangan kanan dan kain kafan di tangan kiri, teruskan perjalanan ini.
Berjalan dan melihat ke muka, menggunakan sisa umur yang masih ada.
Entah bila akan sampai ke tempat perhentian, engkau tak tahu,- aku pun tidak.
Di tengah laut lepas dan luas, pencalangramping itu telah jauh ke tengah.
Awan menyerang kiri dan kanan, glombang mengganas dan badai menghempas.
Pencalang ramping itu naik turun mengikut amukan air. Jurumudi mendapat ujian.
Berpirau melawan arus, pesan seorang pemimpin, dijadikan pedoman dalam hati.
Kemudi dan pimpinan bertanggungjawab atas keselamatan pelayaran ini.
Kini kita telah jauh berada itengah. Perlabuhan tempat bertolak tiada kelihatan lagi, sedang tanah-tanah tepi belum jua nampak.

Wahai MUJAHID ISLAM!
Akhirnya pelayaran ini sampai juga ke pantai, berkat jurumudi yang piawai memegang pimpinan.
Engkau dan umat ini kini harus berjalan kaki, menggunakan tenaga sendiri.
Tak ada pertolongan selain Dia semata-mata, yang melindungi kita dari awal mula sampai hari ini.
Jalan masih jauh, rantau kita masih jauh.
Ufuk-ufuk baru kelihatan juga, tambah dijelang tambah jauh rasanya.
Kafilah itu lalu dan berjalan terus, menempuh laut sahara tiada bertepi.
Sunnah perjalanan alam membawa kata pasti; setelah malam kelam ngeri ini fajar pagi yang indah akan menyising.
Di atas asap yang tebal, terbentang langit cerah yang biru.
Gelap dan gelita alam, lapisan kabus tebal dan berat. Di halaman langit tak ada bintang.
Berfikirlah sejenak dan melihat ke atas, … ada sebutir terang mengirim sinar ke bumi.
Sebuah bintang itu jadilah, kerana ada pedoman bagi kafilah di tengah sahara luas.
Pelaut yang arif selalu mendapat alamat dari sebutir terang di halaman langit.

Wahai UMAT RISALAH!
Dengarlah suara bilal bergema dari ufuk ke ufuk!
Dengarlah suara azan bersahut-sahutan dari menara ke menara!
Renunglah suara takbir, berkumandang di mana-mana, memanggil umat ini dengan kalimah sakti: Hayya ‘alah Syalah! Hayya ‘alal Falah! Marilah sembahyang, marilah menang!
Engkau pandanglah jemaah itu berdiri bersyaf-syaf di belakang seorang iman, ruku’ dan sujud bersama-sama.
Engkau lihatlah mereka di dalam masjid yang sudah tua tidak terurus, surau yang hampir roboh kerana tekanan masa, dengan sepi ditengah sawah; dengan pakaian yang compang-camping dan tenaga lemah, masih berdiri menegak solat. Kaujm muslimin itu masih berdiri melakukan ibadah kepada tuhannya, memanjatkan doa kepada ilahi semoga segera datang tangkisan ghaib dari udara menolong kaum yang lemah.
Wahai tuhanku, kalaulah ada diantara umat ini yang berhak menerima redha dan ma’unahMu, - kalulah ada diantara umat ini yang berhak menerima bnatuanMu, mereka itulah dia!
Merekalah yang berhak menerima gemilang saying Mu dan arahan Rahim Mu: menegakkan yang lemah mengangkat kaum yang tertindas!

Wahai UMAT DAKWAH!
Amanat perjuangan itu kini jatuh ketangan kaum yang lemah Dhu;afa dan Fuqara; tenaga lemah dan dana tak ada.
Di tangan kaum yang lemah itu tersimpan kekuatan umat ini. Rahsia kejayaan dan kemenangan, bulat seluruhnya dalam genggaman mereka.
Innama tunsyaruna wa turzaquna bidlu’afaikum! (hadis)
Kamu akan mendapat kemenangan hanya dengan bantuan kaum yang lemah di antara kamu.
Bimbinglah tangan umat ini kembali, bawa mereka ke jalan yang benar!
Jangan dibiar umat ini dibiar kesepian; jangan dibiar umat ini ditakuti oleh hantu -kesangsian, tanpa pimpinan.
Hidupkan terus api idealisme dan kembangkan sentiasa optimisma dan enthousiasme.
Sinarkan apatisme dan fatalisme, lenyapkan defaitisme, menyerah kepada keadaan atau menjadi budak kepada kenyataan!
Denyutkan kembali jantung umat ini!
Wajarkan kembali aliran darah tauhid mereka!
Tuhan telah menjanjikan kurnia dan bantuan kepada kaum yang lemah, kaum yang tertindas di bumi.
Dan kami hendak menumpahkan budi atas mereka yang ditindas di bumi, dan kami hendak menjadikan mereka pemimpin, dan kami hendak menjadikan mereka mewarisi bumi. Dan kami hendak meneguhkan kekuasaan untuk mereka di bumi. (Al-Qashash:516).

Wahai UMAT PILIHAN
Kamu adalah kaum muslimin, nama pilihan dan panggian kehormatan yang diberikan tuhan dari dahulu sampai hari ini.
Kamu bukanlah golongan “mustalimin”, kaum yang menyerah kalah kepada kenyataan.
Sebagai umat yang beriman, hadapi kenyataan hidup ini dengan kesedaran dan keinsafan, kewaspadaan dan keperwiraan.
Hadapilah kenyataan dibumi dengan ketenangan jiwa dan keyakinan hidup!
Hanya dengan ketenangan jiwa dan keyakinan hidup, hanya dengan sakinah dan muthamainah itulah kamu bermakna dan berguna hidup di tengah-tengah manusia di dunia.
Hanya dengan aqidah yang kuat dan qa’idah yang jelas, kamu dapat menempuh kehidupan ini.
Hanya dengan wijhah hidup yang tegak dan khitah perjuangan yang cerah serta terang, kamu dapat membawa umat ini ke tepi ufuk ke Ridhaan Ilahi.
Tegakkan ‘aqidah Islamiah dalam dada umat, suburkan “ibadah!”
Susun umat ini dengan pola jemaah menurut tauladan sunnah, akhini Firqah!
Jemaah adalah kekuatan dan kesatuan; Firgah adalah kelemahan, remuk dan kehancuran.
Hamparkan kembali tikar ukhwah islamiah dan ukhwah imaniyah di kalangan umat islam ini, tanamkan mahabbah dan marhamah!


Wahai ANGKATAN KINI!
Tak lama lagi engkau akan kembali pulang, memberi laporan kepada tuhan, mempertangungjawabkan segala amal, jasa dan karyamu di dunia.
Tinggalkan bengkalai ini kepada generasi muda yang akan datang mengganti.
Hidupkan dinamik dan milintasi muda islam, yang akan menggantikan kamu setelah kamu tak ada, yang akan meneruskan pekerjaan yang belum selesai ini.
Janganlah kamu hendak hidup seperti pohon beringin besar, yang ingin hidup sepanjang abad, dan tidak memberi kesempatan kepada tunas-tunas baru tumbuh dan menguntum di sekelilingmu.
Risalahdan amanah ini tidak akan selesai di tangan engkau sendiri.
Susun dan sediakan tenaga baru, yang berbakat dan berkarekter, yang akan melanjutkan perjuangan ini dengan segala keyakinan kepahlawanan dan keperwiraan.
Tahukah engkau, salah satu sebab dari kelemahan umat islam ialah tiadanya atau kurangnya kadar yang berwatak, kadar pemikir dan pejuang yang sanggup menggantikan angkatan lama?
Tulang dan tengamu yang sudah semakin lemah, jatah umurmu telah semakin kurang, memesankan kepadamu supaya mencari ganti dihari ini.
Patah tumbuh hilang berganti; jangan ada “vacuum” pimpinan atau fathrah pedoman kelak terjadi di kalangan umat islam.

Wahai ANGKATAN BARU!
Siapkanlah dirimu untuk menggantikan angkatan tua, mereka akan pulang tak lama lagi.
Janganlah engkau menjadi pemuda kecapi suling, yang bersenandung meratapi tepian yang sudah runtuh, mengenagkan masa silam yang telah pergi jauh.
Janganlah engkau membuat kekeliruan lagi seperti pernah dilakukan oleh angkatan yang engkau gantikan.
Teruskan perjalanan ini dengan tenaga dan kakimu sendiri. Dada bumi cukup luas untuk menerima kehadiranmu.
Penuhilah segenap udara ini dengan kegiatan dan ketekunan, sungguh dan penuh.
Hadapilah tugas mahaberat ini dengan jiwa besar, dengan daya juang api semangat yang nyalanya kuat dan keras.
Perkayalah dirimu dengan meneladan kepada masa silam, dimana ada yang rebah dan ada yang bangun, ada yang jatuh dan terus berdiri lagi.
Kamu tidak boelh menjadi “plagiator” dari angkatan lama, dan tidak boleh pula menepuk dada serta meniadakan segala harga dan nilai, jasa dan karya dari angkatan lama.
Mereka kaya dengan pengalaman, engkau kaya dengan cita-cita.

Padukanlah pengalaman angkatan lama dengan nyala-citamu!
Sejarah ini telah lama berjalan bergerak dan berkembang.
Kamu hanyalah tenaga penyambung menyelesaikan bengkalai yang belum selesai.
Meneruskan pekerjaan besar, sundut bersundut, dari keturunan yang satu kepada keturunan yang lain, angkatan kemudian angkatan.
Kafilah hidup ini adalah ibarat gelombang di lautan; menghempas yang satu, menyusul yang lain; memecah yang pertama datang yang kedua.
Sedarilah posisi dan fungsimu dalam sejarah, dan lakukanlah tugas suci ini dengan pengertian, keyakinan dan kesabaran!
Insafilah kedaulatanmu sebagai pemuda angkatan baru, yang hendak menggantikan manusia tua angkatan lama.
Tidaklah sama dan serupa antara kedua angkatan zaman itu, kerana sejarah berjalan sentiasa menurut hukum dinamika dan hukum dialektika.

Wahai UMAT QURAN!
‘aqidah dan wijhah hidupmu menyuruh engkau tampil ke depan, mengutbahkan, “suara langit” di bumi.
Isilah fungsimu dengan kegiatan dan kesungguhan; jalankan amanat ini dengan segala kepenuhan dan ketekunan.
Dunia dan kemanusiaan menunggu pimpinan dan bimbinganmu. Bumi mennatikan “cahaya langit” yang mampu menyapu kegelapan.
Jaga dan peliharalah jangan sampai “jembatan” ini runtuh, agar hubungan bumi dengan langit tidak patah atau terputus.

1.qum, Faanzir!

Bangkit dan berdirilah, susun barisan dan kekuatan.

2.warabbaka fakabbir!

Besarkan tuhanmu, di atas segala!

3.watsiyabaka fathahhir!
Bersihkanlah dirimu, lahir dan bathinmu!

4.warudza fahjur!
Jauhilah maksiat, singkiri mungkar!

5.wala tumnun tastaksir!
Janganlah engkau membari kerana harapkan balasan yang banyak!

6.walirabbika fasybir!
Kerana tuhanmu, hendaklah engkau sabar!

Hadza dzikrun!
Inilah enam peringatan dan enam suruhan!

No comments:

Post a Comment