Kembali Ke Laman Utama

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, September 13, 2009

KE ARAH KECEMERLANGAN KEPIMPINAN MAHASISWA ISLAM

Motto
"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang.baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) ALlah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut ALlah". (Surah AI-Ahzab: ayat 21)

"Katakanlah apakah kamu mahu Kami jelaskan kepada kamu tentang orang-orang yang pekerjaan mereka di dunia ini ialah (pekerjaan) yang sia-sia, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka telah bekerja dengan sebaik-baiknya".

"Mereka itu ialah org-org kufur t’hdp ayat Tuhan mrk & (kufur terhadap) p’temuan dgn Allah. Sbb itu (nilai) pekerjaan mrk jatuh (hapus) & Kami pun tidak akn m’berikan apa-apa p’timbgn nilai terhdp (usaha) mereka pada hari kiamat kelak". (Surah AI-Kahfi : ayat 103-105)

Muqaddimah
Kecemerlangan (excellence) mernpakan suatu aras pencapaian khidmat, kualiti pengeluaran dan sebagainya yang mencecah piawaian tertentu; samada kepuasan pelanggan, pengikut, orang ramai, rakan sekerja, mahupun majikan. Kecemerlangan selalunya dihubungkaitkan dgn nilai-nilai atau traits keperibadian tertentu, atau malah mutu perlaksanaan kerja t’tentu yg t’baik & memuaskan ALlah atau manusia pd masa yg tertentu. Pendekata ia merangkumi sejumlah ciri-ciri keunggulan yg mampu dimiliki oleh seseorg, kumpulan atau organisasi.

Semua orang ingin memiliki sesuatu yang dapat dibanggakan. Mereka ingin menjadi unggul dalam serba-serbi. Manusia memang makhluk yang ingin mencapai self-actualization (membuktikan kewujudan diri). la mahu mendapatkan satu macam kepuasan batin dan penerimaan masyarakat terhadap dirinya. Ini dianggap sebagai salah satu keperluan asas .manusia mengikut huraian Maslow tentang theory of basic need.

Di antara yang dicita-citakan olch manusia ialah suatu keperibadian yang terbaik, terpuji, sempuma dan cemerlang bagi dirinya sendiri. Mereka merasakan keperibadian yang baik dapat membekalkan diri mereka dengan persyaratan-persyaratan kejayaan dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam hidup. Peribadi menentukan nilai diri. la lebih penting daripada keturunan, pangkat, dan harta benda. Manusia disanjung lantaran peribadinya yang mulia dan cemerlang bukannya kerana pangkat atau keturunannya semata-mata.

Kecemerlangan, jika dihubungkaitkan dengan kepimpinan mahasiswa, ia bermakna wujudnya beberapa figure pemimpin dan kualiti kepimpinan organisasi mahasiswa yang mampu mencapai serta memenuhi piawai atau standard yang terbaik dan memuaskan para pengikut atau malah umat yang menyaksikan agenda bertindak dan operasi organisasi yang berkenaan.

Ada beberapa faktor yang menentukan kecemerlangan kepimpinan mahasiswa. Faktor- faktor tersebut antara lain ialah

1. Dasar perjuangan yang diredhai Allah
Dasar perjuangan mahasiswa mestilah berlandaskan nilai-nilai Islam. Mahasiswa sebagai kumpulan manusia berilmu dan sentiasa mencari ilmu perlu mendampingkan keilmuan mereka dengan iman, Islam dan ihsan. Mrk perlu konsisten memperjuangkan Islam serta mendukung kepimpinan Islam yg menyanjung kepimpinan para pewaris nabi atau para alim 'ulama'.

Allah berfirman:
"Hai orang-orang yang beriman; janganlah kamu mengkhianati ALlah, Rasul dan apa yang telah diamanahkan kepada kamu; padahal kamu mengetahuinya" (Surah al-Anfal : ayat 27)

2. Strategi operasi serta gerak kerja yang berkesan
Perlaksanaan gerak kerja berharakah memerlukan strategi bertindak yang rapi dan teratur. Tanpa strategi yang sesuai dengan fiqh al-Muwazanat serta fiqh al-Awlawiyat maka organisasi mahasiswa sukar meraih kecemerlangan meraih kecemerlangan seperti yang diidamkan.

Fiqh al-Muwazanat bermakna keupayaan untuk menilai mana yang lebih penting diutamakan antara sekian banyak (Masalah) maslahah (kepentingan); dari sudut kadarnya, pengaruhnya, skop liputannya serta jangka hayatnya.

la jg bermakna keupayaan utk menilai mana yg lebih buruk padahnya dr sekian byk keburukan yg ada, mana yg plg mustahak dihindari t’lbh dahulu & mana pula yg blh dibiarkan seketika. la juga b’mkn keupayaan m’buat tarjihat antara maslahah dan mafsadah apbl kedua-duanya tampil serentak dlm sesuatu isu atau persoalan. Sehinggalah dpt dibuat kesimpulan yg tepat samada diutamakan menghindari mafsadah dari meraih maslahah atau sebaliknya diutamakan meraih maslahah dengan rnenanggong sedikit kesan dari mafsadah yang berkaitan.

Fiqh al-Aulawiyat b’makna meletakkan sesuatu pd kadar martabatnya. Apa yg ptt didahulukan x ditangguhkan. Manakala yg ptt ditangguhkan x didahulukan. Yg besar x dianggap kecil, begitu jg sebaliknya.

Amal salih menurut al-Qur'an mempunyai martabat masing-masing. Nilainya tidak semestinya sama. Golongan pemimpin mestilah peka terhadap hal ini.

ALlah berfiiman
"Adakah kalian menyamatarakan (nilai kebaikan) antara org yg memberi minum org-org haji serta memakmurkan Masjid al-Haram dgn org-org yg beriman dgn ALlah, hari akhirat dan mrk berjihad di jln ALlah. (Sesungguhnya) tidak sama (nilai antara keduanya) di sisi ALlah. ALlah tidak memberi petunjuk terhdp kaum yang zalim. Org-org yg beriman, berhijrah dan berjihad di jalan ALlah dengan harta dan nyawa mereka di sisi ALlah lebih tinggi darjat mereka dari orang lain. Mereka itulah orang-orang yang berjaya" (Surah at-Taubah . ayat 19 - 20)

3. Struktur organisasi serta memiliki perlembagaan yang baik
Kejayaan sesuatu organisasi banyak bergantung kepada strukturnya yang baik. Perkara seperti ini diatur oleh perlembagaannya yang komprehensif di mana agihan kuasa antara lembaga-lembaga yang ada diujudkan secara yang terbaik. Tidak terjadi perkara-perkara yang menghalang kerja-kerja organisasi.

Perlembagannnya tidak memungkinkan penyelewengan secara berleluasa. Mekanisme untuk memperbaiki kelemahan organisasi sentiasa terbuka.

4. Figure kepimpinan yang cekap serta berketrampilan
Kepimpinan yang terlatih dan berpengalaman dalam menghadapi politik kampus sudah pasti akan lebih berjaya dari kepimpinan yang mentah dan kurang berpengalaman. Lebih jauh kepimpinan yang mempunyai berbagai kemahiran sudah pasti akan menempa kejayaan yang lebih cemerlang.

Selain daripada beberapa sifat di atas, kepimpinan mahasiswa hendaklah mempunyai ketrampilannya menggarapi aspek-aspek berikut:

a) wawasan politik yang jelas
Kepimpinan di kampus adalah anak tangga untuk kepimpinan di peringkat yang lebih tinggi. Wawasan politik yang benar seharusnya telah ditemui dan diyakini dari peringkat kampus lagi sehingga ianya semakin kukuh dan bercambah di peringkat nasional dan antarabangsa. Sekiranya perkara ini masih kabur dan tidak mantap di peringkat mahasiswa lagi maka kelewatan menemui wawasan politik Islam yang sebenar mcrupakan titik kelemahan yang ketara.

b) Ketrampilan berkomunikasi, mampu menguasai pelbagai bahasaKelompok mahasiswa yang dipimpin kini bukan hanya suatu bangsa. Oleh kerana itu para pimpinan organisasi mahasiswa masa kini perlu menguasai bahasa linguafranca; samada Bahasa Inggeris ataupun Bahasa Arab, selain daripada bahasa ibundanya. Mereka perlu cemerlang dalam penguasaan mereka terhadap bahasa-bahasa ini. Dengan penguasaan yang cemerlang mereka berupaya menyampaikan mesej secara lebih berkesan dan convincing.

c) ketrampilan moniverPimpinan organisasi mahasiswa perlu memiliki kemahiran merentasi halangan cita-dta organisasi. Mereka mustahak menguasai seni mengemudikan konflik untuk mencapai tahap/perlaksanaan yang lebih tinggi dan maju. Mereka perlu berupaya meraih kemenangan melalui laluan sukar dan halangan yang getir.

d) memiliki keperibadian Islam yang baikPimpinan mahasiswa Islam yang baik ialah yang mempunyai ciri-ciri ketaqwaan seperti yang diperincikan oleh AI-Qur'an.

5. Aktivis yang gigih, kreatif serta inovatif
Pemimpin Mahasiswa tidak lahir dari kekosongan. la lahir dari kalangan massa mahasiswa sendiri. la (pemimpin) mencerminkan nilai atau kualiti keunggulan mahasiswa itu sendiri. Pemimpin yang cemerlang lahir dari lautan siswa yang cemerlang, gigih, kreatif dan inovatif. Kejayaan pemimpin bukan mutlak daripada pemimpin tetapi juga kerana adanya kerjasama, sokongan dan sikap kesetiaan terhadap jamaah dan sikap ingin melihat jama'ah berjaya.

Hubungan timbal balik yang positif antara pemimpin yang baik dengan para pengikut yang gigih sudah pasti menghasilkan peningkatan dalam mutu kerja aras pencapaian organisasi.

6. Kelengkapan teknologi yang berkesan
Untuk membayangkan organisasi mahasiswa lengkap dan penuh sarat dengan peralatan teknologi canggih seperti yang dimililki oleh sektor korporat atau awam yang advance sudah pasti suatu igauan yang indah. Apa yang dimaksudkan ialah, organisasi mahasiswa mempunyai peralatan teknologi yang minima untuk membantunya beroperasi secara berkesan. Sekurang- kurangnya alat komputer, mesin cetak, faks, telefon dan lain-lain yang setaraf dengan tuntutan.zaman kini. Kckurangan yang terlalu menjolok dalam hal ini menjauhkan organisasi berkenaan dari tahap cemerlang.

7. Program perkaderan (leadership program) yang berkesan
Suatu mekanisme yang penting dalam memastikan kesinambungan wawasan kepimpinan pelajar dan mahasiswa Islam ialah wujudnya sistern perkaderan yang baik untuk menampan pemimpin pelapis yang bawa. Pemimpin yang berfikiran kreatif, setia dengan prinsip dan dasar organisasi.

Organisasi mahasiswa yang cemerlang adalah organisasi yang mampu menyediakan golongan pelapis yang competent untuk menggarap cabaran zamannya dan zaman-zaman yang akan datang. Mereka harus berupaya menampilkan golongan pemimpin yang lebih bijak, lebih berketrampilan dan cauggih daripada yang ada sekarang. Lumrahnya cabaran masa depan lebih sengit dan gawat berbanding dengan masa kini.

8. Taufiq dan inayah Allah
Seandainya segala keperluan dan prasyarat untuk maju dan cemerlang telah dimiliki maka suatu faktor yang tidak boleh tidak mesti diperolehi oleh organisasi mahasiswa Islam ialah taufik dan inayah llahi. Barakah dan limpah kurnia Allah perlu ditagih dengan amalan-amalan ibadah, do'a, zikir dan munajat. Hanya dengan limpahan kurnia Allah, keampunan dan restu-Nya , kecemerlangan duniawi akan mempunyai makna yang lebih diyakini. Sebab itu, organisasi mahasiswa Islam semestinya tidak lekang dengan program Qiamullaill, khemah ibadah, halaqah zikir dan lain-lain.

Kesemua nilai-nilai di atas jika diadun dengan baik akan menghasilkan kecemerlangan. Apatah lagi dalam persaingan masyarakat yang serba rencam ini kualiti dan keccmerlangan mahasiswa tidak lagi merupakan satu pilihan, tetapi sudah menjadi syarat mutlak untuk survival atau meneruskan kelangsungan perjuangan. Mahasiswa tidak bergerak dalam ruang yang kosong. Mereka dilengkari oleh persekitaran yang mempengaruhi sikap, minat dan peribadi tiap-tiap individu. Justeru itu budaya gerak-kerja mahasiswa harus didasari oleh nilai akhlak dan etika pergerakan yang baik serta berkesan. Dalam hal ini jika mahasiswa terus-terusan berada di takuk lama, tanpa mahu merebut semua peluang meningkat diri secara agresif, sudah pasti mercka akan terus terpinggir!

Keselarasan Roh dan Pemikiran Dalam Gerakan Kemahasiswaan
Kecenderungan masyarakat dewasa ini kembali kepada ajaran dan nilai-nilai Islam agak ketara. Ini sejajar dengan proses kematangan pemikiran ummat setelah melalui sekian banyak peristiwa-peristiwa yang mengandungi suka duka hidup. Sudah pasti keinginan dan keghairahan untuk kembali menghayati Islam sedemikian rupa memerlukan skima pemikiran yang mantap, jelas dan kaya dengan inspirasi, modal dan gagasan baru dalam berbagai aspek. Islam yang hendak dihayati itu tentulah Islam dalam bentuk yang setaraf dengan cabaran, wawasan dan tuntutan masa kini. la perlu segar dan mempunyai unsur tajdid.

Dalam menangani situasi begini, gerakan mahasiswa harus sedar bahawa kehadiran serta peranan mereka akan menjadi lebih dominan serta bersemarak, kiranya mereka dapat memastikan bahawa keghairahan untuk menghayati Islam tersebut memerlukan mereka sendiri bahkan setiap aktivis yang dididik memiliki roh dan pemikiran Islam. Roh dan pemikiran Islam terjunam kukuh serta dapat diselaraskan di semua peringkat pengikut serta penggerak organisasi. Keselarasan ini harus merangkumi kesedaran tentang

1. Islam ialah suatu Manhajul Hayah (sistem hidup) yg sepatutnya m’jadi dasar negara dan budaya ummah.
2. Kesempurnaan Islam (syumuliyatu 'I-Islam) dan ajarannya perlu berfungsi dlm masyarakat.
3. Keperluan bergerak dalam satu rangka pemikiran yang selaras, searah dan dalam satu wadah pergerakan dengan fiqh prioritas syara' yang mu'tabar
4. Kemestian menolak aspek-aspek salbiah (negatif). ittikaliah (tawakal yang tidak bertempat), pessimistik dan faham sckularisma dalam amalan dan pemikiran
5. Kemestian mengasaskan ilmu atas dasar yang integrated (sepadu), sempurna dan selaras dengan nilai-nilai rabbaniah
6. Kemestian menuju ke arah kepimpinan yang mempunyai ilmu yang mutakamil (sepadu) dan memiliki ciri-ciri warathatu 'n-Nubuwwah (pewaris ciri-ciri kenabian) untuk mengurangkan berlakunya kemungkinan-kemungkinan negatif.
7. Keperluan menghargai wadah-wadah Islam yang lain serta sumbangan masing-masing dalam membawa ummah ke arah peningkatan hidup secara Islam.
8. Peningkatan kesedaran sosio-politik untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam segenap peringkat dan bidang; samada peringkat pasca komunisme, mahupun peringkat New World Order.
9. Penggarapan apa yang boleh dicapai dlm batas kemampuan dan kesenmppatan masa kini..
10. Kepentingan meningkatkan akhlak dalam konteks pergerakan dan juga berinteraksi dengan individu serta masyarakat.

Gerakan Kemahasiswaan dan Isu-isu Akhlak
Seperti yang telah disebutkan di atas, ternyata kebelakangan ini kita menyaksikan usaha-usaha yang cukup ghairah untuk mencapai kecemerlangan dalam setiap bidang. Kita juga sedar. bahawa kecemerlangan tidak sahaja ditentukan olch teknik pengurusan serta bantuan alat semata-mata, tetapi lebih dari itu ia ditentukan juga oleh faktor kemanusiaan, atau nilai-nilai insan itu sendiri.

Dalam mencapai aspirasi pembangunan misalnya, manusia adalah unsur yang paling menentukan. Pembangunan tidak bererti jika manusia itu sendiri runtuh. Justeru itu nilai-nilai akhlak amat perlu diberi penekanan dalam gerakan kemahasiswaan agar pembangunan yang ingin digarap seimbang dengan nilai-nilai kelslaman. Tidak ada ertinya pembangunan tanpa kesejahteraan dunia,dan akhirat.

Tatacara menangani masalah-masalah masyarakat mesti difahami dengan tepat dan direalisasikan dalam berbagai lapangan hidup. Malah disertai dengan rasa tanggungjawab iaitu dengan menganggap jatuh bangunnya gerakan Islam, nasib ummah adalah di tangan golongan pencinta Islam yang sepatutnya bingkas berbuat bergerak menyusun rancangan dan sebagainya. Sikap lemah, acuh tak acuh adalah sikap mukhallafun (golongan yang enggan berjuang) yang dibenci oleh ALlah.

Semangat dan usaha menentang setiap yang bernama kemungkaran pula harus berkobar atau dikobarkan. Tanpa semangat ini iman akan menjadi lesu. Tekad jihad akan menjadi lemah dan tidak mampu menampilkan daya juang ke taraf maksikma. Roh yang tidak ada keazaman berjihad adalah roh yang masih bergelumang dengan semangat jahiliah seperti yang pemah ditegaskan olch Rasulullah s.aw.

"Barangsiapa yang mati dan tidak berjihad dan tidak pernah bercita-cita untuk berjihad, mati dalam keadaan munafik".

"Mana-mana kaum yang meninggalkan jihad nescaya ALlah akan mengenakan mereka dengan seksaan yang merata."

Keunggulan, keagungan dan keindahan Islam.sudah begitu banyak diperkatakan. Apa yang belum dikotakan dan ditampilkan dengan konkrit untuk zaman ini ialah contoh-contohnya yang nyata dan realisasinya. Setiap aktivis Islam berkewajipan membuktikan ajaran Islam itu dalam diri, keluarga dan wadah pergerakan mereka. Kita sepatutnya menjadi Ummatan Wassatan yang boleh memainkan peranan sebagai syuhada' 'li 'n nas. Ini adalah suatu cabaran dan tanggungjawab yang besar dan berat. Mampukah gerakan mahasiswa memikul beban ini? Apakah kita berdaya atau mampu melaksanakan tugas-tugas Khaira ummatin ukhrijat linnas (ummah terbaik) yang ditampilkan kepada manusia? Inilah cabaran yang menunggu jawaban praktikal daripada kita sekalian.

Perlu disedari gerakan kemahasiswaan harus menekan persoalan gerakerja dakwah yang berkesan, dengan praktik akhlak Islam yang betul dalam konteks haraki Lantaran tanpa akhlak pembelotan, pengkhianatan dan sindrom individu tercicir dari gerakan dakwah akan berlaku. Sejarah telahpun mencatatkan fenomena ini, dimana figure yang 'gagah' dan mantap sekalipun boleh tercicir. Kita khuatir dengan adanya sindrom ini persaudaraan bertukar menjadi permusuhan, idealisme hanyalah ibarat impian di siang hari

Memang tidak mudah untuk berpaut dengan nilai-nilai murni seperti yang ditegaskan oleh Allah. Apatah lagi dalam suasana yang penuh dengan rangsangan yang menarik manusia supaya mclutut kepada tuntutan syahwatnya. Tidak mudah untuk mengamalkan sikap-sikap mulia dan akhlak-akhlak yang luhur dalam kemelut masyarakat yang menghakis segala daya tahan dan daya juang aktivis Islam. Tepat seperti yang ditegaskan oleh ALlah :

"Kalaulah tidak kerana kurnia dan rahmat ALlah nescaya tidak ada seorang pun dari kamu yang disucikan (jiwa dan hati nuraninya) ".

Tidak dapat dibayangkan betapa suramya gambaran nasib umat sekiranya golongan pendakwah khususnya mahasiswa Islam gagal menghayati nilai warisan ini. Kalau mereka gagal mencapai cita-cita besar yang merujuk kepada pcngembalian penghayatan ~ maka ini adalah suatu yang malang. Akan tetapi yang lebih malang ialah apabila nilai-nilai suci dan murni agama ini gagal dihayati dalam peringkat diri, keluarga dan wadah sendiri. Untuk mengelakkan hal ini maka para Dai'e harus mengatasi kelemahan diri masing-masing.

Abu Nasr Assaraj menyatakan bahawa dari segi adab manusia terbahagi kpd tiga peringkat :
- Ahlu 'd-Dunia : kebanyakan realisasi adabnya ialah dalam bentuk (memperelok) gaya bahasa dan kefasihan, menghafal ilmu dan sya'ir gurindam.
-Ahlu 'd-Din : kebanyakan manifestasi adabnya ialah mengasuh diri, mendisiplinkan anggota, menjaga batasan ALlah dan meninggalkan tuntutan syahwat
- Ahlu'l Khususiah : kebanyakan latihan disiplin diri mereka ialah menjernihkan hati, mengelokkan batin, menunaikan janji (antara hamba dan tuhannya), menjaga waktu, kurang melayani perasaan dan lintasan fikiran (yang tidak bermakna), sikap dan bicaranya sopan ketika memohon, ketika mendekatkan diri kepada ALlah

Tanpa bersikap prejudis lkita percaya gerakan mahasiswa mampu mencipta budaya kerja serta arus pergerakan yang cemerlang, kiranya mereka dapat memanfaat, menggarapi serta menanamkan roh serta nilai-nilai unggul agama sebagai teras serta arah perjuangan. Semangat kecemerlangan memang cukup menyerlah dalam pelbagai aspek ajaran Islam Allah sendiri menyatakan diri-Nya dengan sifat-sifat superlatif seperti Ahsanu '1-khaliqin (Pencipta yang terbaik), Ahkamu "I-hakimin (hakim yang mengungguli segala hakim) dan sebagainya. Manusia sendiri dinyatakan sebagai makhluk yang berkualiti tinggi – ahsani taqwim (ciptaan terbaik).

Penutup
Sudah sekian lama gerakan mahasiswa berperanan di tengah-tengah masyarakat. Malah sudah sekian ramai juga pimpinan serta pengikutnya yang datang dan pergi dengan cita-cita masing-masing. Sejarah kemahasiswaan telah mencatitkan bahawa mereka berkebolehan melahirkan satu force, satu mainstream atau satu tenaga bertindak serta satu kekuatan perubah yang amat dihargai masyarakat.

Gerakan kemahasiswaan, dengan gandingan serta gabungan tenaga cendikiawan dan 'ulama' seperti yang sedang berlaku ini perlu ditingkatkan dalam kadar kekuatan serta kelemaham masing-masing. Barisan penda'wah mesti diperkukuhkan dengan ukhuwwah, mahabbah dan tajarrud ilaLlah (ketulusan niat dan tekad perjuangan semata-mata kerana ALlah). Kelompok pimpinan mahasiswa serta pengikut yang prihatin amat memerlukan keazaman, kebijaksanaan, kesabaran serta kesungguhan dalam bekerja bagi merealisasikan gerakan mahasiswa yang mantap untuk mencapai cita-dta seperti yang diidam-idamkan.

Terlalu banyak ruang dan bidang yang boleh dihubungkan dengan usaha-usaha mencapai kecemerlangan. Dalam kesempatan yang terbatas ini kita tentu tidak dapat memperincikan semuanya. Gerakan mahasiswa Islam yang peka dan arif dapat merasakan keperluan-keperluan yang mendesak dalam konteks merealisasi kebangunan Islam. Misalnya dalam bidang dakwah, komunikasi, alat-alat bantu yang bercorak Islam dan lain-lain.

Setiap ruang, yang kecil dan besar menunggu dan mengharapkan sumbangan umat Islam yang ikhlas dan bersungguh-,sungguh. Tanah-tanah pusara dan tulang belulang yang reput di seluruh dunia menjadi saksi atas pengorbanan sekian banyak pejuang Islam yang tidak dikenali yang tidak pernah mendapat apa-apa bintang kehormatan duniawi yang fana. Jika perjuangan bukan kerana Allah, nescaya had dan usaha mereka menjadi sia-sia.

No comments:

Post a Comment