Pengertian pendapatan termasuklah segala jenis hasil
pendapatan atau pulangan sebagai balasan perkhidmatan yang berupa gaji,
upah, bonus, dividen, hasil sewaan, royalti, hibah,elaun, honorarium,
pampasan, pencen, perniagaan bermusim dan lain-lain bentuk perolehan
dan apa jua pendapatan berdasarkan kerjaya atau sebagai ahli
professional.
Mengikut keputusan Fatwa Negeri Terengganu pada tahun
1999, sebarang bentuk pendapatan adalah wajib di kenakan zakat dan
berdasarkan dalil pada surah al-Baqarah ayat 267 mafhumnya “ Wahai
orang-orang yang beriman, belanjakanlah ( zakat) pada jalan Allah dari
hasil usaha kamu yang baik-baik…”
Kadar yang dikenakan zakat adalah 2.5% setelah melebihi
nisab pada nilaian semasa 85 gram emas. Hawl bagi zakat pendapatan pula
adalah setahun.
Firman ALLAH S.W.T :
· " Ambillah zakat dari sebahagian harta
mereka, dengan zakat itu kamu bersihkan dan mensucikan mereka dan
berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu menjadi ketenteraman
jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui ".
(Surah At-Taubah :103)
Orang Islam yang mempunyai pekerjaan dan sumber pendapatan yang tetap serta melebihi nisab adalah wajib mengeluarkan zakat.
Menurut Akta Cukai Pendapatan 1967 Seksyen 6A(3) yang menyebut:
"Rebet hendaklah diberikan pada tahun taksiran untuk
sebarang bayaran zakat fitrah atau lain-lain tuntutan agama Islam yang
mana pembayarannya wajib dan yang telah dibayar dalam tahun asas bagi
tahun taksiran itu dan dibuktikan oleh resit yang dikeluarkan oleh pihak
berkuasa agama yang berkenaan yang ditubuhkan mengikut undang-undang
bertulis. "
Kaedah pengiraan:
1. Mengikut Pendapatan Kasar ( Jumlah Pendapatan Kasar * 2.5 % = Zakat )
2.Menggunakan Kaedah Jumlah Pendapatan ditolak Had Kifayah (berbeza kadarnya setiap negeri)
A. PENDAPATAN DARI SEMUA SUMBER (SETAHUN)
Contoh
1. Gaji [Contoh :RM 3000.00 * 12 bulan] RM 36000.00
2. Elaun RM 600.00
3. Bonus RM 2700.00
Jumlah Pendapatan Kasar [A] RM 39300.00
B. PERBELANJAAN YANG DIBENARKAN (SETAHUN)
Contoh
Diri RM 8,000.00
* Isteri RM 5,000.00
* Anak-anak (RM 1000.00 *4 orang) RM 4,000.00
Pemberian kepada ibubapa (Jumlah Setahun) RM 1,200.00
Caruman KWSP (11-12%) RM 3,927.00
Caruman LTH RM 1,200.00
Caruman kepada Institusi / Koperasi yang telah
membayar zakat bagi pihak ahli RM 240.00
Jumlah Tolakan [B] RM 23,257.00
C. PENDAPATAN SELEPAS TOLAKAN HAD KIFAYAH YANG LAYAK DIZAKAT (A - B)
RM 39,300.00 - RM 23,257.00 = RM 16,043.00*
*Nilai melebihi paras nisab yang mewajibkan zakat (contohnya nisab Rm13057.90)
D. ZAKAT YANG WAJIB DIBAYAR
RM 16,043.00 x 2.5 % = RM 401.075 (nilai zakat setahun)
Nota bagi pengiraan zakat pendapatan mengikut kaedah B
1. Jumlah pendapatan dari semua sumber yang
dicampurkan dalam masa setahun termasuk sewa, dividen dalam bentuk
pendapatan tambahan.
2. Perbelanjaan yang dibenarkan ditolak:
Diri RM 8,000.00
Isteri RM 5,000.00 ( seorang)
Anak-anak RM 100.00 (seorang)
Caruman Takaful Keluarga / Pendidikan - dibayar zakat ketika matang
Pemberian kepada ibubapa, caruman KWSP, Caruman LTH,
caruman kepada Institusi/Koperasi yang telah membayar zakat (jumlah
sebenar)
(*) Tiada tolakan item ini bagi isteri yang bekerja/bujang kecuali ibu tunggal yang menanggung anak-anak
Jika ingin membayar secara potongan gaji, jumlah zakat hendaklah dibahagi 12 bulan
RM 401.075 / 12 bulan = RM 33.42 potongan sebulan
*Nisab berubah-ubah (kebiasaannya semakin naik)
No comments:
Post a Comment