Surah as-Sajdah (Ayat 1 hingga 30)
Surah al-Insan (Ayat 1 hingga 31)
Surah al-Waqi'ah (Ayat 1 hingga 96)
Surah Nuh (Ayat 1 hingga 28)
Surah al-Jumu'ah (Ayat 1 hingga 11)
Surah Yasin (Ayat 1 hingga 83)
Tahun 2004, di SMK Seri Dungun- guruku arwah ustaz azua, ustazah engku, bagi galakan untuk masuk pertandingan menghafaz 7 surah di atas yang mana pertandingannya akan dijalankan sebulan lagi yang diadakan di SMK Rasau Dungun.
Ustaz Azua
Saya suka subjek sejarah (baca fakta dan ingat) barangkali dengan sebab itu saya cuba mencabar diri untuk menjadi wakil sekolah ke peringat zon. Saya listkan surah dan bilangan ayat lalu saya bahagikannya dengan jumlah waktu solat fardhu 5 waktu untuk saya target berapa ayat perlu dihafal setiap kali waktu solat fardhu.
Minggu pertama berjalan lancar dan saya yakin dapat hafalnya untuk tempoh berbaki 3 minggu. Namun, tak diduga lidah saya kena ulser menyebabkan sukar nak membaca dan hafal. Hampir 2 minggu nak sembuh. Maka tinggallah 1 minggu sahaja untuk hafal surah2 di atas. Saya teruskan dan ubah strategi dan gandakan ayat serta manfaatkan waktu sebelum subuh.
Alhamdulillah, hari pertandingan hafazan dijalankan, Allah izinkan saya ingat semua surah di atas. Tapi ada perkara yang telah membekas memberi pengajaran pada hari pertandingan saya diuji.
Ketika para peserta berbaki 4 orang peserta terakhir, entah mengapa niat saya bertukar mengharapkan ganjaran mendapatkan hadiah pertandingan. Akhirnya bila tiba giliran saya, 1 ayat terakhir saya tak dapat ingati dengan baik, manakala baki 3 peserta lagi berjaya. Akhirnya saya dapat tempat ke-4 dan 3 peserta layak ke peringkat seterusnya.
Sejak peristiwa itu, banyak mengajar saya bahawa sememangnya agak sukar bagi saya menjaga hafazan andainya niat tak betul melencong dari mengharapkan redha al Khaliq.
No comments:
Post a Comment