ولا تحل الصدقة لغني ولاذي مرة سوي
"Tidak halal diberikan zakat kepada orang kaya, orang yang mempunyai keupayaan (tenaga) dan orang yang bertubuh badan sihat dan tidak cacat."
-Riwayat Abu Daud & at Tirmizi daripada Hadis 'Amar Ibnu al-'As.-
1. Perlukah memberitahu
penerima tentang pemberian itu adalah zakat kepada fakir/miskin?
Jawapan: Seseorang
yang akan menyerahkan pemberiannya kepada orang yang disangkanya adalah
fakir/miskin atau orang yang pada pandangan zahirnya memerlukan zakat, maka dia
tidak perlu memberitahunya bahawa itu adalah pemberian zakat.
2.Bagaimana jika
saya tersilap memberi zakat kepada orang kaya atau kepada orang yang tidak
berhak?
Jawapan: Hukum
pemberian zakat adalah tidak sah jika telah memberinya setelah jelas terbukti
apa yang dimaksudkan. Menurut pandangan ulama Mazhab Hanbali, Syafie dan pendapat
yang rajih di kalangan ulama Mazhab Hanbali, ia hendaklah diambil kembali
daripada penerimanya lantaran penerimanya bukanlah orang yang berhak
menerimanya. Jumhur ulama mengatakan tidak sah melainkan oleh imam (amil).
Manakala Ulama
mazhab Hanafi membuat pengecualian, yakni jika zakat diberi kepada orang kaya
atas sangkaannya ia miskin, maka ianya tetap sah. Ini kerana ia telah
berijtihad mengikut sedaya upaya mengenalpastinya. Yang dituntut kepadanya
ialah ‘mencari’ dan tidak lebih dari itu. Jika ia memberikan zakat tanpa
berusaha ‘mencari’nya maka ianya tidak sah, sebab ia telah tersalah menjalankan
tanggungjawabnya.
Rujukan: Fiqh Perundangan
Islam Jilid ii, M/S:965-966 Oleh Dr. Wahbah Az Zuhaily
No comments:
Post a Comment