Assalamualaikum.
Ana menerima pertanyaan daripada
rakan-rakan yang bertanya “Adakah sekiranya seseorang yang memperolehi wang
caruman KWSP perlu dizakatkan juga sekiranya seseorang itu terus memasukkan wang
KWSP tadi ke dalam Tabung Haji?”
Jawapan
Berdasarkan penerangan ringkas
saya sebelum ini pada artikel yang lepas, (klik di sini), seseorang perlu
mengeluarkan zakat KWSP (zakat simpanan) walaupun wang tersebut dikreditkan ke
pihak ketiga. Ini bermakna wang yang kita terima sebenarnya perlu dilunaskan
terlebih dahulu zakatnya.
Wang yang “disimpan” kedalam KWSP
sememangnya telah dikeluarkan oleh pihak Lembaga Tabung Haji. Akan tetapi wang
tersebut hanya akan dikeluarkan selepas genap setahun wang tersebut (mencukupi
haulnya) di Tabung Haji.
Setiap tahun sebenarnya, kita
dikenakan zakat sekiranya mencukupi nisab, dan mencukupi haulnya. Oleh yang
demikian, wang di Tabung Haji dikeluarkan bagi haul-haul yang akan datang, dan
wang KWSP sebelum “disimpan” dalam Tabung Haji dikenakan zakat bagi haul yang
telah lalu yang mana belum sempurna miliknya.
Selepas dikeluarkan zakat KWSP,
kemudian “disimpan” ke dalam Tabung Haji, baharulah tidak mengapa dibiarkan
begitu sahaja tanpa perlu dirisaukan lagi zakatnya yang akan datang bagi
tahun-tahun berikutnya.
Adapun demikian, wang yang “disimpan”
di Tabung Haji sebenarnya bukanlah tertakluk kepada simpanan, kerana kita
sebagai “pendeposit” di sini adalah “shareholder” Tabung Haji. Dengan itu,
apabila Tabung Haji melunaskan zakat perniagaannya, maka ia beerti mereka telah
melunaskan zakat bagi kita sebagai “pemilik bersama” perniagaannya.
Mengapa ana menggunakan “simpan”
dalam tanda kurungan? Ini kerana, wang di Tabung Haji seperti telah dijelaskan,
digunakan untuk tujuan pelaburan, dan keuntungan daripada pelaburan itu
dikeluarkan zakat perniagaan oleh pihak Tabung Haji.
*Sekian
Mohd Azlan bin Kahlid
BBA (Hons) Islamic Banking
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu
No comments:
Post a Comment