Gambarajah di atas menunjukkan bagaimana hubungkait antara zakat pendapatan dan zakat simpanan. Bagi sesetengah orang, merasakan seolah-olah zakat berlaku 2 kali dalam satu masa. Ini ditimbulkan apabila wang yang kita peroleh dikenakan zakat pendapatan, dalam masa yang sama wang yang diperoleh daripada gaji/pendapatan tadi disimpan kemudian dikenakan pula zakat simpanan.
Agak memeningkan jika kita berasas kepada teori tanpa merujuk kepada situasi menampakkan hal yang demikian. Jika kita merujuk kepada perbahasan tentang isu zakat pendapatan yang difatwakan wajib, diqiaskan seperti zakat tanaman serta konsep al mal mustafad, oleh tokoh ilmuan Dr Yusuf al Qardhawi di dalam kitabnya fiqhu az zakah, Dr Wahbah Az Zuhaily dalam kitabnya Al Islam wa 'Adillatuhu, dan tokoh terkemuka seperti Prof Dr Zuhdi dalam menerangkan hujah zakat pendapatan, maka jelas di sana kita akan merasa dimanakah letaknya peranan dan keperluan ijtihad dalam menyokong kekuatan hujah yang disandarkan. Namun penulis tidak berhasrat untuk memanjangkannya di sini melainkan menampakkan apakah tajuk perbincangan kali ini memberikan dimensi berbeza terhadap harta pemilikan yang kita peroleh dan simpan. Sila rujuk link untuk sedikit pencerahan. (Klik Di Sini)
Zakat pendapatan dikenakan jika mencapai nisabnya mengikut kaedah kiraan sebelum ini atau mengikut tolakan had kifayah. Katakan seseorang itu layak berzakat pendapatan, bagaimana pula zakat simpanan.
Baiklah sebelum itu katakan nisab sejumlah Rm 12000.
Dalam situasi gambarajah, jika seseorang (contoh) bergaji Rm3000 sudah dikenakan zakat, dan dalam masa yang sama ia telah 'saving' setiap bulan seperti jadual. Maknanya pada tahun pertama, jika ia telah dikenakan zakat pendapatan kerana telah melepasi had nisab (telah mencapai Rm 36000), dan melakukan simpanan bulanan sebanyak Rm500 setiap bulan, maka jumlah simpanan tahun pertama yang sejumlah Rm6000. Pada tahun pertama, zakat pendapatan dikenakan, tetapi tidak zakat simpanan (kerana tidak capai nisab).
Katakan pada tahun kedua, ia tetap dikenakan zakat pendapatan, kemudian, simpanan daripada tahun pertama sejumlah Rm6000, meningkat kepada Rm 12000 di akhir tahun kedua kerana simpanan berterusan Rm500 sehingga 2 tahun. Walaupun telah capai nisab Rm12000, tetapi wang berkenaan perlu ditunggu cukup haul (setahun) pula kerana disimpan. Maka pada tahun 1, dan ke 2 tidak dikenakan lagi zakat simpanan. Bila pula kena zakat simpanan?
Setelah kita pastikan cukup/capai nisab pada tahun ke 2, maka kena cukup haul (setahun) lagi selepasnya, iaitu tahun ketiga barulah dikenakan zakat ke atas simpanan sejumlah 2.5% sahaja. Itupun jika tidak berlaku istilah "putus nisab" akibat pengeluaran yang menyebabkan wang kurang dari paras nisab. Jika putus nisab, maka tidak dikenakan zakat simpanan, dan perlu tunggu cukup nisab lagi dan ditunggu setahun lagi, barulah dikenakan zakat ke atas simpanan.
Samalah halnya jika kita mempunyai simpanan katakan sejumlah Rm100,000 pada bulan 1, 2013, selepas setahun (tahun 2014) baru dikenakan zakat 2.5%. Katakan wang Rm100,000 berkenaan kita ada membeli emas 100gram yang berharga Rm15000 pada bulan 5 ,2013. Maka di sini, wang Rm100,000 tadi akan berkurang menjadi Rm85,000 di dalam akaun. Cukup setahun (bulan 1, 2014), maka dikenakan zakat ke atas wang simpanan 2.5% ke atas Rm85,000 (baki terendah). Dikenakan juga zakat ke atas emas., tetapi belum cukup haul lagi kerana emas dibeli pada bulan 5,2013. Maka kena tunggu beberapa bulan lagi sehingga bulan 5,2014 (genap setahun pemilikan emas yang disimpan jika diletakkan had nisab bagi emas ialah 85gram). Maka di sini dikenakan 2 zakat, iaitu zakat simpanan,dan juga zakat emas.
Samalah halnya jika kita mempunyai simpanan katakan sejumlah Rm100,000 pada bulan 1, 2013, selepas setahun (tahun 2014) baru dikenakan zakat 2.5%. Katakan wang Rm100,000 berkenaan kita ada membeli emas 100gram yang berharga Rm15000 pada bulan 5 ,2013. Maka di sini, wang Rm100,000 tadi akan berkurang menjadi Rm85,000 di dalam akaun. Cukup setahun (bulan 1, 2014), maka dikenakan zakat ke atas wang simpanan 2.5% ke atas Rm85,000 (baki terendah). Dikenakan juga zakat ke atas emas., tetapi belum cukup haul lagi kerana emas dibeli pada bulan 5,2013. Maka kena tunggu beberapa bulan lagi sehingga bulan 5,2014 (genap setahun pemilikan emas yang disimpan jika diletakkan had nisab bagi emas ialah 85gram). Maka di sini dikenakan 2 zakat, iaitu zakat simpanan,dan juga zakat emas.
Sebab itulah hikmahnya, kita sering merasa tidak pernah cukup terhadap wang yang kita peroleh. Sedangkan kita berpenat lelah bekerja berbelanja, malah hairan tidak pernah cukup walaupun bergaji besar. Dimanakah silapnya atau kurangnya? Semakin besar gaji, semakin besar belanjanya, tetapi orang semakin melupakan zakat kerana menganggap zakat dikenakan ke atas mereka yang mampu atau atas lebihan harta.
Ada yang menganggap zakat hanya perlu dilunaskan sekali seumur hidup kerana sudah menyucikan harta tersebut. Itu satu kefahaman yang salah tentang berzakat.
Kebakaran, wang hilang, rumahtangga musnah kerana kitalah yang menjadi penyebabnya gagal merencana keberkatan daripada Allah swt. Biarlah keberkatan diperoleh asalkan kita tidak menjadi golongan muflis di hari akhirat. Akhirnya, sama-samalah kita merenung sejenak kepada apa yang disampaikan nabi kita dalam urusan harta kita terhadap keutamaan berzakat/infaq/sadaqah.
Rasulullah saw bersabda,
Rasulullah saw bersabda,
"Dirikanlah kamu akan hartamu dengan mengeluarkan zakat (iaitu terselamatlah harta-harta itu dari dicuri, hilang dan tercicir), dan jadikanlah akan sedekah kamu sebagai penawar dan angkatlah bala atau ujian atasmu dengan banyakkan berdoa..."
[Hadis diriwayatkan oleh at Tabrani & Abu Naim & Khatib]
No comments:
Post a Comment