Petang tadi khamis,23 Jan 2014, saya mengambil sedikit ruang masa untuk ronda sekitar kampung di Chendering Terengganu.Penghuni rumah dalam gambar di atas dihuni oleh 5 orang anak beranak termasuk isteri. Si suami kerja pasang mozek,manakala si isteri surirumah. Tinggal di rumah pusaka nenek sejak berkahwin sekitar 5 tahun lalu.Betullah adat kebiasaan mengatakan, pekerja tukang rumah bina rumah orang cantik-cantik, tetapi rumah sendiri tidak terbina..
Dalam keghairahan kita menikmati kesenangan serta memenuhi kehendak yang menggelojak, membesarkan rumah,membeli kereta mewah,serta pakaian mahal,makanan berlauk pauk enak, bantulah jiran2 kita dalam meringankan bebanan yang mereka rasai. Allah,betapa saya hairan melihat mewahnya nafsu manusia mendirikan rumah mereka dengan megah,sedang jirannya dihimpit antara jurang kekayaan. Alhamdulillah, bantuan saudara/i yang mengamanahkan kepada saya telah saya smpaikan kepada yang berhak menerimanya biarpun kecil, tetapi brgkali berguna bagi penerima.
Saya juga berterima kasih atas usaha pihak jabatan berkaitan dalam meningkatkan taraf hidup umat ini, tetapi memberi peringatan kpd mereka2 yang mggunakan kedudukn mereka dengan cara yang salah untuk menikmati apa yang bukan haknya,bahawa azab balasan drpd Allah tidak terperi sakitnya kelak. Sama-samalah kita melindungi harta kita dengan memagarinya dengan berzakat sbgmana Rasulullah saw bersabda:
“Dirikanlah kubu akan harta kamu dengan mengeluarkan zakat (iaitu terselamat harta-harta itu dari dicuri,hilang dan tercicir), dan jadikanlah akan sedekah kamu sebagai penawar dan angkatlah bala atau ujian ke atasmu dengan banyakkan berdoa…”
(Hr At-Tabrani & Abu Naim & Khatib)
Mengimbau perjalanan, maafkan saya jika saya membuat telahan bahawa, apabila kemiskinan menghimpit umat, maka orang miskin mudah sekali longgar bimbingan rohaninya kepada Allah swt, mnjadikan mereka mudah terjebak kpd gejala masalah sosial dalam msyarakat seperti merompak,mmbunuh,mencuri,menipu dan lain-lain. Semoga umat hari ini bukan sekadar dibantu mengatasi kemiskinan harta semata2, tetapi turut dibantu peningkatan amalan kerohanian mereka dan hubungan dgn Allah swt.
-Catatan perjalanan penulis.
No comments:
Post a Comment