Kembali Ke Laman Utama

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, January 27, 2014

Zakat Emas Negeri Terengganu

-Jadual tukaran timbangan kepada nilai gram.-

Assalamualaikum wbt.

Adapun bagi zakat emas, dikenakan zakat sekiranya cukup tempoh berlalunya haul (setahun) dan juga mencapai nisabnya disamping syarat-syarat wajib dikenakan zakat yang lain seperti sempurna milik, Islam, dan merdeka.

Di negeri Terengganu, terdapat 2 jenis zakat ke atas emas.
i) Zakat Emas Perhiasan/Pakai
ii) Zakat Emas yang disimpan

[Nota]: Pemilik emas pertama sekali hendaklah mengasingkan emas yang dimiliki kepada 2 kategori. Mana satu emasnya emas pakai, dan kedua ialah mana satu emasnya yang simpan.

(i) Zakat Emas Perhiasan/Pakai.

Uruf (adat/kebiasaan) pemakaian emas adalah berbeza bagi setiap negeri. Maka setiap negeri berbeza urufnya bagi emas yang dipakai yang dikenakan zakat, melainkan emas simpan urufnya 85gram.

Emas yang dipakai dalam perkiraan setahun (cukup haul) bagi negeri Terengganu, ialah 850gram. Dikenakan zakat ke atas emas pakai apabila seseorang wanita itu memakai lebih daripada kadar uruf pemakaian, atau lebihan 850gram.

Pemakaian diertikan seperti sama ada pakai emas sehingga lebih 850gram sekaligus pada anggota tubuh badannya, atau dipakai secara bergilir-gilir emas yang ada, atau dipakai sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh perkiraan setahun. Jika seseorang itu memakainya seperti cara di atas, maka kenalah zakatnya atas lebihan uruf tadi.

Contoh perkiraan.

Emas Perhiasan/Pakai dimiliki= 900gram (cukup setahun)
Uruf= 850gram
Kiraan
=900gram - 850gram(uruf) = 50 gram [kadar lebihan uruf]
Nilai Zakat
=50gram x *harga 1gram uruf x 2.5%
=nilai zakat emas pakai
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(ii) Emas Simpan

Emas yang disimpan kadarnya ialah 85gram. Emas simpan pula seperti mana syarat wajibnya cukup tempoh setahun (haulnya), tidak pernah dipakai walaupun sekali, termasuk emas perhiasan yang tidak dipakai, serta jongkong emas atau kepingan dinar emas atau gold bar.

Berbeza dengan pengiraan emas yang dipakai, ia tidak ditolak lagi kadar urufnya.

Contoh Perkiraan

Uruf 85gram.
Emas simpan yang ada= 100gram (telah mencapai kadar uruf)
Nilai zakat
=100gram x harga *1 gram emas uruf x 2.5%
= nilai zakat emas simpan
[berbeza dengan kiraan emas pakai yang kena atas lebihan]
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Catatan: * emas 1 gram uruf boleh didapatkan daripada pusat zakat berapakah harganya, atau dengan cara mengetahui kadar nisab zakat. contohnya nisab zakat sekarang Rm12,296.47. Maka untuk mengetahui harga se gram, Rm12,296.47 bahagi (÷) 85gtam = Rm144.676 [harga se gram]


Nisab ditentukan berdasarkan harga purata emas komoditi dunia (emas 10) dalam tempoh tertentu yang disandarkan kepada harga 85gram emas. Jadi untuk mengetahui harga se gram, (÷) sahaja dengan 85gram.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Soalan lazim

Soalan 1.
Saya memakai/memiliki jenis/kualiti emas yang berbeza-beza. Ada emas 916, ada emas 918, ada emas 850. jadi bagaimana perkiraannya?

J= emas 916 bermaksud 91.6% kadar emasnya. Emas 918 bermaksud 91.8% kadar emasnya. Emas 850 bermaksud 85% kadar emasnya. Jadi pertama-tama sekali, pada emas tadi, hendaklah dikenalpasti manakah emas 916,918, dan 850. Asingkan selepas timbang tadi. Maka selepas diasingkan:

Emas 916= 91.8% x harga se gram emas komoditi
               =harga 1 gram emas 916

Emas 918= 91.8% x harga se gram emas komoditi
               = harga 1 gram emas 918

Emas 850= 85.0% x harga se gram emas komoditi
               = harga 1 gram emas 850

Jadi, gunakan nilai harga segram di atas diganti semasa perkiraan zakat nanti.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Soalan 2.
S-Adakah emas yang dipajak gadai dikenakan zakat?

J- Ada 2 situasi yang mungkin berlaku dalam amalan masyarakat kita.

Situasi pertama.
Emas dipajak kerana keperluan wang untuk kegunaan. Maka tidak dikenakan zakat.

Situasi kedua.
Emas dipajak kerana ingin mendapat keuntungan. Dikenakan zakat, bukan ke atas zakat emas, tetapi zakat ke atas keuntungan (pendapatan).
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Soalan 3.
 S- Adakah emas putih dikenakan zakat?

J- Tidak. Zakat ke atas emas yang bersifat kekuningan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------

Soalan 4.
S- Saya beli emas kemudian beri kepada anak saya pakai sebahagian, saya pakai sebahagian lagi. Macam mana tu?

J- Pertama-tama sekali, apakah niat kita memberi emas kepada anak kita itu? Jika niat beri terus kepada anak kita (maknanya menjadi hak milik anak), maka zakat dikira berasingan (individu pemilik emas).
Jika niat menyuruh si anak memakainya tetapi tidak berniat hendak memberinya menjadi hak miliknya, maka ia masih lagi hak milik kita sepenuhnya. Maka dikira zakat atas pemilik asal emas itu, si anak hanya tolong memakai sahaja.

Rujukan: Laman Web Rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) Terengganu, Jabatan Baitulmal
Sekian.
-Mohd Azlan Kahlid-

No comments:

Post a Comment