Kembali Ke Laman Utama

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, January 29, 2014

Zakat Emas: Beli Emas Tambahan Selepasnya

Assalamualaikum,
Ada yang mungkin bertanya, bagaimana nak mengira zakat sekiranya ada pembelian pada haul yang berbeza. Jadi penulis meminta 2 pusat zakat menjawabnya. Adapun, penulis melontarkan dengan soalan berikut. Itu jawapan daripada mereka.

Jawapan dari yang sudi menjawab.

Lembaga Zakat Selangor
Pusat Zakat Pahang pula.

Bagi pandangan penulis pula, penulis lebih memilih kaedah bayar zakat atas 100gram terlebih dahulu, kemudian jika emas kedua(tambahan) masih ada(tidak dijual/dipajak gadai) maka dikira zakat pada bulan berikutnya, yakni zakat keatas 20g lagi, kerana 100g yang asal sudah dizakatkan. Itupun atas pertimbangan seseorang itu jika tidak mampu.
Namun, ia akan jadi rumit jika sekiranya pertambahan berikut ada banyak transaksi, maka penulis lebih ambil langkah selamat iaitu mana emas yang yakin kita pegang(yang dibeli dalam jarak yang dekat) sehingga akan cukup haulnya, maka bayarlah dengan cara menjumlahkan kesemuanya.

Bagi penulis, emas pertama sudah cukup haul dan nisabnya. Persoalan dilontarkan, maka pendapat dari 2 negeri di atas adalah berbeza cara perkiraannya. Pada hemat penulis, dibayar atas 100 gram dahulu jika sekiranya emas kedua ada tujuan kes seperti nak dipajak gadai, maka tidak kena lah zakat atas 20g lagi.

Penulis bersetuju jika kaedah selangor, yakni dengan mencampurkan keseluruhannya, maknanya kita meng-awalkan sahaja bayaran zakat,walaupun belum sempurna haul emas yang baru, daripada datang ke kaunter bayar zakat setiap bulan yang berbeza haul, yang akan menyusahkan seseorang, melainkan hal yang telah penulis jelaskan di atas.

Kaedah seperti amalan Pahang pula akan lebih nampak sekiranya emas tambahan dibeli pada jarak yang jauh, barulah kita 'forward' kepada haul yang baru.

Asas yang mudah sebelum ini, zakat yang cukup nisab 85g, cukup haul dan sempurna milik, maka dikenakan zakat jika ia emas yang disimpan. 

-Teori, jika tidak dikembangkan kepada isu masalah tak kan nampak.-
jika penulis silap,maka silakanlah para alim ulama perbetulkannya.

No comments:

Post a Comment