Dr
Yusuf al-Qaradawi pernah mengkritik fahaman kita tentang zakat. Katanya dalam
tulisannya Likai Tanjah Muassasah al-Zakah fi al-Tatbiq al-Mu’asir :
“Aku
masih teringat, beberapa tahun dahulu aku telah melawat negera-negara Asia
Tenggara. Antaranya Indonesia dan Malaysia. Di sana antara soalan penting yang
berulang kali ditanyakan kepadaku, khas di Malaysia, oleh Canselor Universiti
Malaya, para pensyarah dan pelajarnya ialah: “Adakah wajar siasah ekonomi Islam
yang tidak mewajibkan zakat kepada peladang-peladang besar yang memiliki
ratusan, bahkan ribuan hektar tanaman getah, atau teh, atau kelapa, atau mangga
dan lain-lain, dalam masa yang sama mewajibkan zakat ke atas petani-petani
kecil yang bertani gandum atau padi dalam kawasan yang kecil? Mereka mungkin
juga tidak memiliki tanah pertanian tersebut, sebaliknya hanya
menyewa?!!.Bentuk dan cara soalan ini bukan sekadar khayalan atau rekaan.
Bahkan ia menggambarkan keadaan yang berlaku di sana. Keadaan yang digunakan
kesempatan tersebut oleh golongan komunis dan seumpamanya untuk memburukkan
gambaran dan hakikat zakat bagi mempengaruhi golongan muslim yang
berpendidikan…sebab hal ini berlaku ialah kerana majlis-majlis agama Islam
mereka terikat dengan mazhab yang diamalkan di sana iaitu mazhab al-Syafi’i
r.a. Ia adalah sesempit-sempit mazhab empat dalam mewajibkan zakat tumbuhan
dari bumi. Mazhab al-Syafi’i tidak mewajibkan melainkan apa yang menjadi
makanan asasi sahaja, dan tidak selain itu. Bukan di sini untuk di bincangkan
pandangan tersebut. Aku telah bincangkannya dalam bukuku Fiqh al-Zakah, sila
rujuk. Apa yang ingin aku katakan di sini ialah; sesungguhnya pendapat al-Imam
al-Syafi’i atau imam-imam yang lain (r.ahum) hanyalah ijtihad. Empunya
diberikan pahala, samada salah ataupun betul. Maka menjadi hak kita untuk
meninggalkan pendapat tersebut apabila ternyata kepada kita ia lemah dan
selainnya lebih kuat” (Al-Qaradawi: Dr Yusuf, Likai Tanjah Muassasah al-Zakah
fi al-Tatbiq al-Mu’asir, m.s. 15-16, Beirut : Muassasah al-Risalah 1994).
No comments:
Post a Comment