Kembali Ke Laman Utama

Daftar SSPN Di Sini

Sunday, February 3, 2013

Hikmah Berzakat

Zakat juga membersihkan harta daripada perkara-perkara yang merosakkannya. Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:
74- عَنْ جَابِرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ أَدَّى زَكَاةَ مَالِهِ ذَهَبَ عَنْهُ شَرُّهُ. (رواه الطبراني)

74- Dari Jabir r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang menunaikan zakat hartanya, nescaya hapuslah segala apa jua yang merosakkan hartanya."(1)

(Hadith Sahih - Riwayat Tabrani dan lain-lainnya)

Yakni dengan mengeluarkan zakatnya, baharulah harta itu menjadi bersih dan hak fakir miskin dan lain-lain golongan yang diwajibkan padanya, jika tidak maka harta itu akan punah ranah dan tuannya akan menerima akibat yang buruk di dunia dan akhirat.

______________________________

1. Fiqh al-Sunnah (1:330). Hadith ini juga diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dan al-Hakim. (Al-Targhib, 1:519).

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...