Kembali Ke Laman Utama

Tuesday, November 13, 2012

Sultan Muhammad (Alp Arslan): Singa Berani

Beliau menaiki takhta selepas kematian bapa saudaranya Tugrul Bey yang sebelumnya berlaku perebutan takhta dalam negara. Walaubagaimanapun, Alp Arslan berjaya meredakan perebutan tersebut.

Melaksanakan Pengukuhan Dalaman

Seperti bapa saudaranya, beliau merupakan pemerintah yang pintar dan berani. Pada awal pemerintahan, beliau melaksanakan dasar tertutup bertujuan mengukuhkan setiap sudut pentadbiran dalam negara yang tunduk di bawah Empayar Saljuk. Kemudian barulah beliau merancang untuk menakluk negara-negara baru yang akan digabungkan di bawah empayarnya.

Memahami Demografi Tempat Sendiri Serta Kekuatan dan Kelemahan

Beliau seorang yang bersemangat dan menyebarkan Islam di negara-negara Kristian yang berjiran seperti Armenia dan Rom. Semangat jihad Islam merupakan sumber kekuatan kepada penaklukan yang dilakukan oleh beliau. Beliau memberikan imej Islam kepada penaklukan kepada penaklukan tersebut. Dengan ini, semua pemerintah Saljuk merupakan pemerintah  jihad dan sentiasa berusaha meraih kemenangan untuk Islam serta menyebarkan Islam ke negara-negara tersebut. Mereka mengibar megah panji Islam di kawasan yang luas dalam wilayah Emapayar Byzantine. Selama 7 tahun, beliau menjelajah ke seluruh pelosok empayarnya yang luas sebelum melakukan peluasan empayarnya.

Memusnahkan Ancaman Dalaman dan Membina Kekuatan.

Setelah merasa yakin dengan keamanan yang ada dan kerajaan Saljuk telah bertapak kukuh di seluruh pelosok negara yang tunduk di bawah kuasanya, beliau mula merangka strategi untuk memenuhi matlamat utamanya iaitu menakluk negara-negara Kristian yang berjiran dengan empayarnya. Beliau juga merancang untuk menjatuhkan Kerajaan Fatimi Abidi di Mesir. Usaha ini diharapkan akan dapat menyatukan seluruh dunia Islam di bawah panji Khilafah Abbasi yang berfahaman sunnah dan di bawah kuasa Saljuk. Bagi mencapai matlamat itu, beliau membentuk satu angkatan tentera yang besar dan digerakkan kea rah Armenia dan Georgia. Negara-negara ini akhirnya berjaya ditakluk dan digabungkan dengan empayarnya. Dalam masa yang sama, beliau juga menjalankan usaha penyebaran agama Islam di wilayah tersebut.

Mengecilkan Keupayaan Musuh dan Menawan Tempat Strategik

Beliau turut menyerang utara Sham dan mengepung Empayar Mirdasi di Halab yang diasaskan oleh Salih bin Mirdas yang berfahaman Syiah dalam tahun 414H/1023M. Beliau memaksa pemerintah Mirdasi iaitu Mahmud bin Soleh bin Mirdas supaya tunduk di bawah Khalifah Abbasi, berbanding sebelumnya kepada Khalifah Fatimi Abidi tahun 462H/1070M. selepas itu beliau menghantar panglima tenteranya yang berketurunan Turki, Atansaz bin Oghu Al Khawarizmi melancarkan serangan ke selatan Sham. Beliau berjaya menawan Ramallah dan Baitul Maqdis dari penguasaan Fatimi Abidi. Walaubagaimanapun beliau gagal menawan Asqalan yang merupakan pintu masuk ke Mesir. Dengan kejayaan ini, bermakna wilayah takluk Empayar Saljuk kini menguasai Baitul Maqdis.

Bersambung... 

Sumber: Faktor Kebangkitan & Sebab Kejatuhan Emapayar Uthmaniyyah; Dr. Ali Muhammad As-Solabi. Terbitan Pustaka Salam.

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...