Kembali Ke Laman Utama

Friday, September 21, 2012

Tujuan dan Matlamat Halaqah

Terdapat 10 tujuan-tujuan utama dalam perlaksanaan halaqah yang dibentuk.

  1. Memberi kefahaman yang benar dan jelas terhadap Tasawwur Islam kepada anggota agar dapat menentukan sikap atau hukum terhadap sesuatu perkara atau permasalahan.
  2. Meningkatkan penghayatan amal Islami dan menghidupkan rasa tanggungjawab untuk menjaga dan mempertahankan ajaran Islam secara individu atau berkumpulan.
  3. Menjalin dan mengukuhkan ikatan ukhuwah dan persaudaraan dan memupuk semangat bertindak secara berkumpulan. 
  4. Membina pemikiran jamaie (berkumpulan) di kalangan anggota agar sentiasa memberi keutamaan kepada gerak kerja berkumpulan atau bertindak mengikut kaedah keputusan yang dibuat oleh kumpulan.
  5. Menyalurkan arahan kumpulan dalam rangka pembinaan anggota mahupun program-program mengislahkan masyarakat atau pentadbiran.
  6. Menyelaraskan usaha mempelajari selok belok perjuangan daripada kumpulan islami seluruh dunia.
  7. Mendidik serta memupuk bakat aktivis agar benar-benar mampu dan berpendirian teguh serta tubuh badan yang sihat, sempurna pemahaman ilmu serta akhlak.
  8. Memastikan bahawa generasi kepimpinan akan datang adalah orang-orang yang layak,jujur, dan ikhlas, agar mereka ini terdiri daripada pimpinan yang selayaknya berada ditampuk kerusi yang munasabah.
  9. Memastikan bahawa saf kepimpinan tidak dimasuki oleh pemikiran yang sumbang atau pengaruh musuh.
  10. Berusaha meningkatkan bentuk penyusunan organsasi yang menepati piawaian dalam mendepani cabaran dan anasir yang boleh menggugat organisasi.
Sumber: Edit daripada buku, Usrah dan Harakah (Beberapa Panduan Asas) oleh Ya’qub Muhamad Hussin

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...