Sesuatu ilmu yang dipelajari hendaklah dikuasai dengan
sebaik-baiknya oleh pelajar tersebut. Walaubagaimanapun, ilmu bukan sekadar
untuk dipelajari, malahan untuk difahami dan dipraktikkan dalam kehidupan
seharian. Sesuatu ilmu yang telah dipelajari tanpa mengamalkannya akan memberi
kesan lupa.
Pepatah arab menyebutkan bahawa,
“Ilmu tanpa amal adalah seperti pokok yang tidak berbuah,”
Oleh itu, dalam konteks untuk menguasai sesuatu ilmu yang
dipelajari termasuklah ilmu pengubatan Islam memerlukan usaha yang gigih serta
pengorbanan masa, tenaga dan harta benda.
Perkara ini jelas disebutkan oleh Imam as-Syafie menerusi
rangkap syairnya kepada seluruh penuntut ilmu.
“Wahai saudaraku, sesungguhnya engkau tidak akan mendapatkan
ilmu kecuali dengan 6 syarat. Aku akan memberitahukannya kepadamu dengan jelas
iaitu:
1)Mempunyai kecerdikan
2)Berminat
3)Bersungguh-sungguh
4)Mempunyai perbelanjaan
5)Hubungan baik guru dan murid
6)Tempoh masa yang panjang
Apabila syarat-syarat tersebut dipenuhi, nescaya seseorang
itu akan dapat mengikuti proses pembelajaran dan mampu menguasainya. Pada hakikatnya,
ilmu Allah swt itu sangat luas dan tidak terbatas.
Firman Allah swt dalam surah Lukman ayat 27:
“Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena,
dan segala lautan menjadi tinta, dengan dibantu kepadanya 7 lautan lagi sesudah
itu, nescaya tidak akan habis kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah
maha perkasa, lagi maha bijaksana.”
Sumber: Buku Pengantar Perubatan Islam; Kaedah Rawatan Penyakit Berdasarkan Petunjuk Rasulullah Saw. Oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din (Timbalan Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia), m/s:25-27
No comments:
Post a Comment