“Diizinkan (berperang) bagi
orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka dianiaya. Dan sesungguhnya
Allah, benar-benar maha berkuasa menolong mereka itu”. –Surah Al-Haj:39
“Tuanku, orang-orang Yunani di
Orland melakukan pemberontakan. Mereka menyerang penduduk di kawasan
berhampiran menyebabkan ramai terbunuh dan cedera. Orang-orang Yunani itu
mendapat senjata dan latihan daripada Constantinople.” Khalil Pasya melaporkan
kepada Sultan Muhammad.
Sultan Muhammad terkejut
mendengar berita itu. “Mengapa mereka memberontak? Apakah selama ini kita tidak
memberikan layanan yang baik kepada mereka?” Tanya Sultan Muhammad Al-Fateh.
“Kita sudah memberikan
perlindungan kepada mereka. Orang-orang Yunani itu dilayan sama seperti rakyat
yang lain. Khabarnya mereka dihasut oleh Maharaja Constantine supaya
memberontak. Ia bertujuan mahu melemahkan kita,” jawab Khalil Pasya.
“Adakah ini khabar angina ataupun
benar? Sekiranya terbukti benar, kita mesti bertindak segera.” Sultan Muhammad
inginkan kepastian.
“Memang benar tuanku. Penduduk Izmir
sendiri yang mengadu mengenai kejahatan yang dilakukan oleh orang-orang Yunani
kepada mereka. Perkara ini tidak boleh dibiarkan. Kita mesti bertindak segera,”
kata Panglima Tharhan yang datang bersama Khalil Pasya.
“Saya mahu perkara ini disiasat
dulu kebenarannya. Sekiranya benar, baru kita bertindak,” kata Sultan Muhammad
Al-Fateh.
Khalil Pasya diberi tugas
menyiasat perkara itu. Dia menyamar sebagai musafir lalu pergi ke Orland. Memang
benar seperti yang didengarnya. Orang-orang Yunani sudah memberontak. Mereka menyerang
dan membunuh penduduk Izmir. Khalil Pasya segera pulang ke Turki melaporkannya
kepada Sultan Muhammad.
“Memang benar orang-orang Yunanii
di Orland melakukan pemberontakan. Mereka menyerang dan merampas harta penduduk
di kawasan berhampiran. Ramai yang terbunuh dan cedera. Orang-orang Yunani itu
mendapat bantuan tentera dan senjata daripada Maharaja Constantine,” kata
Khalil Pasya.
“Mengapa mereka memberontak?
Apakah mereka tidak berpuas hati dengan pemerintahan kita?” Tanya Sultan
Muhammad Al-Fateh pula.
“Mereka dihasut oleh Maharaja
Constantinople. Tujuannya supaya negara kita huru-hara dan rakyat berasa tidak
selamat. Dengan ini mudahlah mereka untuk menjatuhkan kita,” jawab Khalil
Pasya.
“Sultan Muhammad menyuruh
Panglima Tharhan menyiapkan angkatan tentera. Kemudiam baginda sendiri yang
memimpin pasukan tentera itu ke Orland. Sepanjang perjalanan, Sultan Muhammad
dan pasukan tenteranya menasihati orang ramai supaya bertenang dan bersatu
menghadapi ancaman musuh. Ramai yang menawarkan diri menyertai tentera Turki ke
Orland. Kedatangan Sultan Muhammad bersama angkatan tenteranya sampai ke
pengetahuan orang-orang Yunani. Mereka segera mengadakan mesyuarat bagi
membincangkan perkara itu.
“Kita ada 2 pilihan. Pertama,
berperang dengan tentera Turki. Kedua, kita berundur ke Constantinople. Apa pilihan
kamu?” Tanya Hector ketua orang-orang Yunani di Orland.
“Kita belum mampu berperang
dengan tentera Turki. Tambahan pula bilangan mereka lebih ramai daripada
kita.kerana itu saya cadangkan kita minta bantuan daripada Maharaja
Constantine,” kata Julian pembantu Hector.
“Kita tidak sempat lagi menunggu
bantuan daripada Constantinople kerana tentera Turki sudah hamper sampai ke
Orland. Kita cuma ada 2 pilihan. Terus berada di sini bagi menghadapi tentera
Islam ataupun kita berundur,” kata Hector pula.
“Sekiranya kita berundur, kita
dituduh penakut. Sedangkan bangsa Yuanani terkenal sebagai bangsa yang berani
dan kita keturunan pahlawan,” kata Julian pula.
“Keadaan sudah berubah. Dahulu memang
benar kita bangsa yang gagah. Tetapi sekarang kita tidak segagah dulu lagi. Kita
berada di bawah pemerintahan Uthmaniyyah. Kita tidak ada negara sendiri,” kata
Julius pula.
Apakah keputusan yang akan dibuat
oleh pasukan bangsa Yunani ini ke atas kedatangan pasukan tentera Islam
Uthmaniyyah ke Orland? Pantaskah mereka menangkis kekuatan yang dimiliki oleh
pasukan tentera Islam bagi menundukkan pemberontakan berterusan mereka? Nantikan
episode berikutnya disambungan tajuk ini dibahagian 2.
Sumber petikan: Novel Sejarah Islam; Sultan Muhammad Al-Fateh, Penakluk Constantinople. Oleh: Abdul Latip Talib.
No comments:
Post a Comment