Kembali Ke Laman Utama

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, September 22, 2011

Yang Zalim Dan Yang Adil Bahagian Pertama


“Dan sesungguhnya Tuhanmu (Pelindung) bagi orang-orang yang berhijrah sesudah menderita cubaan, kemudian mereka berjihad dan sabar; sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar-benar maha pengampun lagi maha penyayang.”


-Surah An-Nahlu:110-

Sultan Muhammad merenung ke arah Laut Marmara yang terhampar luas di hadapannya. Begitu indah dan menyejukkan mata yang memandang. Kelihatan helang terbang mengintai mangsanya, apabila ikan-ikan muncul di permukaan laut yang berkilau-kilau terkena pancaran cahaya matahari petang, helang pun terbang sayup-sayup hilang daripada pandangan.

“Aku mesti mencontohi helang itu,” bisik hati Sultan Muhammad Al-Fateh.

Baginda mesti sentiasa mengintai musuhnya. Apabila mendapat kesempatan, peluang itu tidak boleh dilepaskan sehingga musuh dapat ditumpaskan. Tiba-tiba baginda teringat hadis Nabi Muhammad Saw yang bermaksud, “Kota Constantinople hanya dapat ditawan oleh pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik.”

Kata-kata Nabi Muhammad Saw itu amat mempengaruh dirinya. Melekat di hatinya. Siang dan malam kata-kata itu membakar semangatnya bagi menawan Kota Constantinople. Baginda berdoa dan berharap semoga hadis Nabi Muhammad Saw itu berlaku semasa pemerintahannya.

“Assalamualaikum!”

Ucapan itu mengejutkan lamunannya. Sultan Muhammad Al-Fateh menoleh ke arah suara yang mengucapkan salam. Kelihatan Khalil Pasha datang sambil tersenyum.

“Waalaikumussalam,” jawab Sultan Muhammad. Kedua-duanya bersalaman mesra.

“Puas saya mencari, rupanya tuanku berada di sini,” ujar Khalil Pasha.

“Saya senang hati melihat laut yang luas terbentang. Melihat laut juga boleh mendapat pahala dan menenangkan fikiran,” balas Sultan Muhammad Al-Fateh.

“Mengapa bersendirian?” tanya Khalil Pasha lagi.

“Adakalanya kita perlu bersendirian,” jawab Sultan Muhammad.

“Adakah kedatangan saya mengganggu?”

“Oh tidak, silakan duduk.”

Khalil Pasha duduk di sebelah Sultan Muhammad lalu berkata, “Seeloknya tuanku jangan bersendirian. Saya risaukan keselamatan tuanku.”

“Jangan bimbang kerana Tuhan sentiasa melindungi kita. Tidak berlaku sesuatu melainkan dengan izin Tuhan,” kata Sultan Muhammad Al-Fateh pula.

“Benar kata tuanku. Cuma saya bimban kerana musuh-musuh dari Kota Constantinople sentiasa berusaha memusnahkan kita. Terutama tuanku yang menjadi sultan. Mungkin pengintip yang dihantar oleh Maharaja Constantine sedang memerhatikan kita.”

“Terima kasih kerana mengingatkan saya,” kata Sultan Muhammad Al-Fateh. Kemudian katanya lagi, “Musuh kita yang berlindung di dalam Kota Constantinople itu sememangnya memusuhi kita semenjak zaman Nami Muhammad Saw. Mereka juga membantu tentera salib menawan Jerusalem. Permusuhan mereka pada kita semakin kuat selepas Maharaja Constantine menganut agama Kristian.”

“Benar kata tuanku. Kerana Kota Constantinople mesti kita takluki kerana mereka bukan sahaja mengancam keselamtan kta bahkan berusaha menghapuskan agama Islam.”

“Nabi Muhammad Saw sudah berkata, Kota Constantinople hanya dapat ditakluki oleh pemimpin yang baik, tentera yang baik, dan rakyat yang baik. Kerana itu kita mesti menjadi pemimpin yang baik. Kita didik tentera dan rakyat menjadi baik.”

“Bagaimanakah caranya tuanku?” tanya Khalil Pasha.

Apakah strategi Sultan Muhammad Al-Fateh bagi merealisasikan ke arah penyempurnaan hadis Rasulullah berkenaan pemilikan tentera dan rakyat yang baik? Adakah sistem yang mampu merubah sikap sesuatu masyarakat? Pastinya pendekatan yang baginda ingin ketengahkan itu sesuatu yang bermula dengan usaha pemerhatian yang kolektif ke arah misi tersebut. Nantikan episode seterusnya bagi melihat disiplin apakah yang digunapakai oleh baginda ke atas para tentera dan rakyatnya di episode “Yang Zalim Dan Yang Adil Bahagian Kedua”.

Sumber: Novel Sejarah Islam, Sultan Muhammad Al-Fateh, oleh Abdul Latip Talib.

2 comments: