Kembali Ke Laman Utama

Daftar SSPN Di Sini

Monday, August 22, 2011

Menu: Puding Lemak Cendol

Bahan-bahan:
·         20 gm agar-agar segera
·         1300 ml air
·         1 tin susu cair
·         1 cawan santan pekat
·         1 cawan gula merah
·         1 buku gula Melaka
·         1 1/4 cawan gula kasar
·         1 cawan cendol
·         Sedikit garam
·         Beberapa biji ceri merah

Cara menyediakan:
1.  Masak agar-agar dengan air hingga hancur.
2.  Masukkan garam, susu cair dan santan pekat. Kacau selalu agar tidak naik minyak.
3.  Angkat dan bahagikan kepada dua bahagian.
4.  Setiap satu dimasukkan ke dalam periuk yang berbeza. Perlahankan api di kedua-dua periuk.
5.  Satu adunan dimasukkan gula kasar dan biarkan gula hancur.
6.  Kemudian masukkan cendol.
7.  Manakala satu lagi adunan, dimasukkan gula merah dan gula Melaka. Kacau sehingga kedua-dua jenis   gula hancur.
8.  Aturkan ceri di dalam acuan agar-agar.
9.  Tuangkan sebahagian adunan putih, biarkan beku sedikit.
10. Tuangkan pula sebahagian adunan gula merah dan biarkan mengeras sedikit.
11. Ulangi proses melapis antara adunan putih dan adunan gula merah sehingga habis.
12. Biarkan beku dan sejukkan sebelum dihidang.

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...