Kembali Ke Laman Utama

Daftar SSPN Di Sini

Thursday, January 20, 2011

Menu: Ayam Seribu Rasa

Bahan- Bahan:
1 ekor ayam - dipotong 4 dan bersihkan
3 sudu besar madu
2 sudu besar kismis
5 sudu besar tomato puri/sos
Sedikit minyak
Garam secukup rasa

Bahan Perap Ayam:
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap masin
1 sudu besar serbuk kunyit
4 sudu besar serbuk kari ayam

Bahan Tumis:
1 sudu besar jintan manis (biji)
1 sudu besar ketumbar (biji)
1 sudu besar jintan putih (biji)
6 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
4 cm halia muda

Cara Menyediakan:
1. Perap ayam dengan sebahagian bahagian perap selama setengah jam.
2. Kemudian panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing.
3. Tumbuk semua bahan tumis hingga lumat, kemudian tumis hingga garing.
4. Masukkan lebihan bahan perap ayam dan tuangkan tomato puri/sos dan juga tumis. Masukkan garam secukup rasa.
5. Biarkan mereneh hingga naik baunya. Kemudian tuangkan madu dan kecilkan api seketika.
6. Masukkan ayam dan gaul hingga rata.

8 comments:

  1. assalammualaikum..mohon copy ye..
    hmm..ayam seribu rasa...:)
    rasanya ada 5 jenis rasa je kan,lidah kita boleh detect..mana datang lagi 955 lg.hehe.

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam
    hehe, agaknya termasuk rasa pelik, rasa hairan, rasa aneh, rasa-rasalah... :)

    ReplyDelete
  3. hmm bgitu ye,kena cba bru tahu rasa pelik atau hairan atau ada rsa aneh kan..:)

    ReplyDelete
  4. hmm, doa tu..nti masin mulut :(..insya Allah, ada rasa..

    ReplyDelete
  5. tak de lah gurau je... insyaallah, muslimat bab memasak no hal (",)

    ReplyDelete
  6. erm,hehe :) selalunya muslimin masak lg sedap..sdah trbukti..insya Allah,slmat mncuba

    ReplyDelete

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...