Kembali Ke Laman Utama

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, January 30, 2011

Anggota Halaqah: Sifat-Sifat Dan Tanggungjawab

Elemen Halaqah
1.       Nuqaba’/Fasilitator Kumpulan
2.       Maudhu’/Topik Perbincangan
3.       Uslub/ Kaedah Penyampaian

Kejayaan sesebuah halaqah juga amat besar dinilai dari perspektif penerimaan anggota halaqah. Sehubungan dengan itu, sifat-sifat seseorang anggota halaqah perlulah merangkumi perkara-perkara berikut:

1.     Hendaklah anggota Halaqah bersikap sedia dididik dan mendidik diri sendiri supaya mencapai peningkatan dan kemajuan dalam segala hal.

2.    Hendaklah setiap anggota menghadiri majlis Halaqah secara konsisten atau berterusan kecuali terhalang oleh keuzuran syar’ie seperti sakit berat atau kemalangan.

3.    Hendaklah anggota Halaqah bersikap ikhlas dan hormat terhadap fasilitator dan perjalanan Halaqah.

4.    Hendaklah setiap anggota memberikan tumpuan sepenuhnya kepada Fasilitator dan perjalanan Halaqah.

5.     Hendaklah setiap anggota memelihara ikatan persahabatan ukhuwah dengan sahabat dan jangan sesekali ada perkara-perkara yang boleh merenggangkan ikatan dan perasaan kasih sayang.

6.   Hendaklah anda membuat persiapan dan rujukan sewajarnya sebagai persediaan sebelum menghadiri Halaqah.

7.     Hendaklah anda terus menerus berkenal-kenalan sesama anggota Halaqah kumpulan anda atau bersama kumpulan lain.

8.       Hendaklah saudara bersifat penyantun dan pemaaf dalam pergaulan.

9.       Hendaklah saudara menjadi seorang yang cinta kepada ilmu pengetahuan, majlis-majlis ilmu dan para ulama’.

10.   Hendaklah saudara sentiasa mengambil berat hal-ehwal para sahabat dan keluarga mereka dengan cara ziarah dan bertanya khabar.

11.   Hendaklah saudara sentiasa memelihara adab susila dan perhubungan yang baik dengan orang ramai dan menjauhi kebiasaan-kebiasaan yang buruk.

12.   Hendaklah saudara bersifat sensitif, peka dan prihatin kepada segala hal perkembangan dan keadaan sekeliling anda, sama ada soal peribadi, soal masyarakat, akhlak,dan suasana semasa.

13.   Hendaklah saudara sentiasa memelihara dan meningkatkan iman saudara dengan cara banyak mengingati Allah serta melakukan amal kebajikan dan menjauhi segala perkara yang merosakkannya atau yang tidak berfaedah.

14.   Hendaklah saudara merahsiakan perkara-perkara yang patut dirahsiakan sama ada perkara peribadi atau organisasi.

15.   Hendaklah saudara melaksanakan arahan-arahan kepimpinan atau fasilitator apabila diberikan arahan.

16.   Hendaklah saudara melaporkan kepada fasilitator apabila ada sesuatu hal atau keadaan yang patut diketahui.

17.   Hendaklah saudara membiasakan diri dan sanggup berkorban masa atau harta benda saudara untuk kerja-kerja organisasi.

18.   Hendaklah saudara menjadi seseorang yang berdisiplin dalam semua urusan kehidupan dan memperelokkan segala pekerjaan.

19.   Hendaklah saudara menjadi seorang yang sentiasa bermujahadah dan bermuhasabah, iaitu memeriksa diri sendiri, benar dalam tutur kata, mempunyai perasaan yang halus dan sentiasa mengingati Allah.

20.   Hendaklah saudara memperuntukkan masa yang sesuai untuk perhubungan saudara dengan Tuhan, dengan anak-isteri, ibu bapa, sanak saudara, sahabat handai, pemimpin masyarakat, untuk diri saudara sendiri dan dakwah saudara.

Edit: “Buku Usrah Dan Harakah; Beberapa Panduan Asas” oleh Ust Ya’cob Muhammad Hussin Terbitan Dewan Pustaka Fajar

No comments:

Post a Comment