Kembali Ke Laman Utama

Daftar SSPN Di Sini

Friday, December 3, 2010

Stress yang menyebabkan sukar khusyuk atau hilang Stress apabila khusyuk?

Asas kepada teknik pengurusan stress ialah untuk mengalihkan tumpuan individu dari masalah yang dihadapinya kepada perkara-perkara lain.

Fikiran mereka akan dialihkan kepada pernafasan yang diatur. Mereka diminta membayangkan udara yang disedut masuk ke dalam rongga hidung dan seterusnya ke rongga paru-paru. Kedua-dua tangan diletakkan di atas perut dan merasakan pergerakan tangan itu apabila menarik nafas yang dalam. Kaedah menarik nafas dan ditahan paling kurang 8saat ini akan terus diulang.

Ada juga kaedah di atas diselang seli dengan bunyi muzik yang perlahan atau bunyi-bunyian asli seperti bunyi ombak laut, bunyi kicauan burung, bunyi air terjun dan sebagainya.

Teknik ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang dalam kegelisahan, resah, gementar atau takut yang tidak bersebab.

Sepatutnya ketika sedang stress, kita sempurnakan wudhu’ lalu solatlah. Tetapi apa yang berlaku, masalah-masalah ini membuatkan solat kita lagi tidak khusyuk!

RENUNG-RENUNGKAN & SELAMAT BERAMAL....
petikan Buku Bio-Mekanik Solat, Motivasi Untuk Khusyuk,Dr.Yusof Abbas

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...