Kembali Ke Laman Utama

Saturday, December 11, 2010

Persediaan Peserta Halaqah Bahagian Pertama

Pertama: Untuk Badan Saudara

1. Hendaklah saudara berjumpa doktor untuk diperiksa kesihatan umum saudara. Jika didapati terdapat apa-apa penyakit maka hendaklah saudara segera berubat. Selain dari itu hendaklah sentiasa mengambil berat punca-punca kekuatan badan saudara dan cara-cara bagaimana memeliharanya dari segi kesihatan. Di samping itu hendaklah saudara menjauhkan diri daripada sebab yang boleh melemahkan kesihatan badan saudara.

2. Hendaklah saudara menjaga kebersihan di dalam semua hal, iaitu; sama ada dalam rumahtangga, pakaian, makan minum, tubuh badan mahupun tempat kerja dengan sebersih-bersihnya kerana agama Islam itu diasaskan di atas dasar “kebersihan”.

3. Hendaklah saudara tidak meminum kopi atau teh berlebih-lebihan dan apa-apa jua mimuman penyegar seperti itu, malah seboleh-bolehnya cubalah jangan sama sekali menghisap rokok.

4. Hendaklah saudara mengamalkan apa-apa jenis riadah badan walaupun dengan cara hanya sekadar berjalan-jalan kaki sahaja, dan hendaklah saudara menjadi ahli-ahli di dalam mana-mana “Persatuan Pengembaraan” jika umur saudara munasabah dengannya.

5. Hendaklah saudara menjauhkan diri sama sekali daripada arak, minum minuman keras yang memabukkan, dan minum minuman yang boleh melemahkan kesihatan badan atau apa-apa jua minuman yang memberhaya seperti itu.

*Rujukan: Edit Buku “Usrah dan Harakah (Beberapa Panduan Asas)” oleh Ustaz Ya’qub Muhammad Hussin.

No comments:

Post a Comment

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...