- Memberi kefahaman yang benar dan jelas terhadap Tasawur Islam kepada anggota-anggota supaya dapat menentukan sikap atau hukum terhadap sesuatu perkara atau permasalahan.
- Meningkatkan penghayatan ‘amal Islami dan menghidupkan rasa tanggungjawab untuk menjaga dan mempertahankan kemuliaan dan ketinggian ajaran Islam sama ada secara peribadi (fardhi) atau berkumpulan (jama’ie)
- Menjalinkan serta mengukuhkan ikatan ukhuwah/persaudaraan dan memupuk semangat bertindak dan bekerja secara berkumpulan.
- Membina pemikiran secara kolektif di kalangan anggota agar mereka sentiasa memberikan keutamaan kepada gerak kerja secara berkumpulan atau bertindak mengikut kaedah-kaedah atau keputusan yang dibuat secara kolektif.
- Menggiat dan menyelaraskan usaha untuk mempelajari selok-belok perjuangan dari pengalaman gerakan-gerakan Islam sedunia.
- Mendidik, memupuk bakat serta melahirkan aktivis-aktivis yang benar-benar mampu dan teguh pendirian serta sihat tubuh badan, sempurna dalam pemahaman ilmu serta akhlak.
- Memastikan bahawa yang bakal menempati saff/barisan kepimpinan adalah orang yang layak, jujur dan ikhlas. Memastikan bahawa yang memegang pimpinan adalah orang yang layak berada ditempat yang sesuai.
- Memastikan bahawa saff/barisan ahli tidak dimasuki oleh pemikiran yang sumbang atau dari pengaruh asing.
Tuesday, November 30, 2010
Tujuan dan Matlamat Halaqah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Halaqah must be conducted suits to the members's level of understanding (Islam)... Nuqoba' must make a few research on the halaqah's members as this will help them in using suitable methods of ilm delivery during halaqah.. sorry, i kind of messing up the sentences..
ReplyDeleteyes ,right, nuqaba' or the fasilitator should recognize how to make halaqah more exciting and not too much depend on the silibus, as to maintain participation from the members and achive the mission..
ReplyDeleteanyway..thank you