Kembali Ke Laman Utama

Baca Artikel Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, November 27, 2010

Ketahui arah kiblat melalui bintang


Assalamu'alaikum wbt

Pernahkah anda melihat bintang di atas langit yang mempunyai 3 bintang pada satu garisan sejajar? 3 bintang ini lazimnya dapat dilihat dengan terang di Malaysia dan menjadi salah satu panduan bagi Muslim untuk menentukan arah kiblat selain digunakan oleh mereka yang tersesat di dalam hutan, lautan dan sebagainya selain bintang-bintang lain dan juga menggunakan peristiwa istiwa' yang berlaku 2 kali setahun (Bayang matahari)

Gambar di atas yang diambil pastinya jika dilihat pada mata kasar, maka anda akan temui sebenarnya 3 bintang ini bukan dalam satu garisan/barisan lurus. Satu bintang di hadapan kelihatan condong kesebelah kiri(jika dalam gambar di atas).

Namun jika anda berada dalam kedudukan bintang di atas kepala anda maka sudah pasti sebenarnya bintang dihadapan sekali sebenarnya berada di sebelah kanan anda. Maka di sinilah saya ingin memberikan perkongsian bagaimana arah kiblat ditentukan.
Baiklah, anda boleh mengajak 2 orang rakan anda untuk membantu anda, dengan membuat barisan lurus di mana orang di hadapan sekali bergerak sedikit ke arah kanan, manakala orang nombor 2 dan anda nombor 3 berada dalam satu garis/baris lurus.

Pastikan anda mengikut arah kedudukan bintang di atas kepala anda dengan menganggapkan bintang itu sebagai anda.


  • Maka, arah kiblat anda adalah orang nombor 2 iaitu di hadapan anda, di mana ia adalah arah barat.
  • Manakala, orang pertama tadi di hadapan sekali yang sedikit ke kanan itu peranannya adalah sebagai penunjuk kepada anda bahawa sebelah kanan anda adalah arah utara.


Mudahkan?


"Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, dan penggantian siang dan malam terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal"


"(iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk dan dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Wahai Tuhan Kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka"
(Surah Al-Imran: Ayat 190-191).

Semoga iman kita bertambah...
Jika salah, mohon perbetulkan...ia sekadar pemerhatian dan pengalaman penulis selain bacaan.

No comments:

Post a Comment